Sejak tahun 1980-an lagi, Thailand telah menjadi pengeksport utama produk berasaskan kacang dengan ladang kacang utama adalah di wilayah Khon Kaen, Chachoengsao dan Lopburi. Disebabkan itu juga, wujud banyak kilang kacang di Hatyai yang menjual lebih 20+ jenis kacang buat pelancong dari Malaysia yang melancong ke Hatyai.
Untuk pengetahuan anda, kami mendapati terdapat 6 kilang kacang yang berbaloi untuk anda singgah dan shopping pelbagai jenis kacang, buah kering dan snek berasaskan rempah dan resepi Thailand yang terkenal dengan rasa masam, manis dan pedas.
Baca : 7 Shopping Mall di Hatyai Anda Wajib Singgah (Edisi 2025)
Baca : Tips dan Strategi Lengkap Untuk Trip ke Hatyai (2025)
Sila baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui senarai kilang kacang Hatyai yang anda boleh pergi dan shopping sewaktu trip ke Hatyai anda kelak!
1. Arnus, Hatyai
Destinasi pertama kilang kacang di Hatyai yang anda wajib pergi adalah Arnus yang teletak di dalam Kim Yong Market, Hatyai.

Kedai ini boleh dikategorikan sebagai pembekal utama kacang di Hatyai yang segar dan bersih (bukan rosak). Akan tetapi, harga kacang di sini sedikit mahal dan anda dinasihatkan untuk tawar menawar dengan peniaga yang rata-rata faham asas Bahasa Melayu.
- Waktu Operasi : 7AM – 6PM
- Lokasi : Dalam Kim Yong Market
- Google Map : https://g.co/kgs/ngAN9dN
2. Renu Shop, Hatyai
Destinasi kedua adalah Renu Shop yang terletak berdekatan dengan Nora Plaza Hatyai. Kilang kacang ini merupakan pembekal utama kacang di sekitar Kota Bahru dan kebanyakan daerah di Kedah dan Perak.

Dikategorikan sebagai kilang kacang Hatyai yang anda wajib lawati untuk shopping pelbagai jenis kacang, ikan bilis, pes tomyam dan snek Thailand tulen.
- Waktu Operasi : 7AM – 6PM
- Lokasi : 3KM dari Central Hatyai
- Google Map : https://g.co/kgs/VqB2Sx3
3. Ranu Kohyo, Hatyai
Destinasi ketiga kilang kacang di Hatyai adalah Ranu Kohyo yang sejak dulu memang terkenal di kalangan pelancong Malaysia yang shopping kacang secara pukal.

Akan tetapi, sejak tahun 2022 pemilik Ranu Kohyo telah menukar packaging hampir semua produk kacang menjadikannya lebih ekonomi. Malangnya, peniaga di sini kurang faham dan fasih Bahasa Melayu untuk urusan tawar menawar.
- Waktu Operasi : 10AM – 5.50PM
- Lokasi : 4KM dari Central Hatyai
- Google Map : https://g.co/kgs/kV6ZDzx
4. Nora Plaza, Hatyai
Destinasi paling popular rakyat Malaysia yang ingin shopping pelbagai jenis kacang, snek dan makanan Thai-Muslim di Hatyai.

Nora Plaza sebenarnya adalah pusat beli belah yang mahal dan kacang yang dijual di sini lebih cantik dalam sudut packaging.
- Waktu Operasi : 8AM – 6PM
- Lokasi : 3KM dari Central Hatyai
- Google Map : https://g.co/kgs/zkdNGiv
5. Santisuk Market, Hatyai
Santisuk Market adalah pasar lama yang menjual pelbagai jenis kacang di Hatyai pada harga murah dan sering menjadi destinasi shopping rakyat Malaysia untuk membeli ikan kering, buah kering, kacang dan aprikot.

Akan tetapi, banyak peniaga kacang di sini telah berhijrah ke pasar yang lebih besar dan elok.
- Waktu Operasi : 9AM – 7PM
- Lokasi : 3KM dari Central Hatyai
- Google Map : https://g.co/kgs/RiK3Kio
6. Kaysorn Souvenir, Hatyai
Destinasi terbaru rakyat Malaysia yang ingin mencari kilang kacang di Hatyai. Dengan tempat yang selesa, ruang parkir luas, surau dan tandas, Kaysorn Souvenir kini menjadi destinasi #1 untuk beli kacang di Hatyai.

Akan tetapi, harga kacang di sini adalah lebih mahal berbanding Kim Yong Market, Santisuk Market dan Ranu Kohyo.
- Waktu Operasi : 7.30AM – 6PM
- Lokasi : 3KM dari Central Hatyai
- Google Map : https://g.co/kgs/Vp92Wt5
Baca : Review Jujur : 12 Tempat Shopping di Hatyai 2025 (LENGKAP)
Secara peribadi, kami berpendapat kilang kacang di Hatyai yang paling berbaloi untuk dilawati adalah Arnus, Renu Shop dan Ranu Kohyo kerana ada banyak pilihan kacang dan peniaga di sini mampu faham dan bertutur asas Bahasa Melayu, menjadikan proses tawar menawar itu lebih mudah.

Baca : Harga Makanan di Hatyai Halal : Tips dan Restoran Terbaik
Sila save dan bookmark artikel ini sebagai panduan untuk anda melawati kilang kacang di Hatyai sewaktu anda melancong ke Hatyai kelak!