Alasan kenapa kami tulis artikel ini adalah kerana majoriti artikel berkaitan tempat shopping di Hatyai tidak ditulis dengan baik dan telus sebagai panduan orang yang ingin melancong ke Hatyai seperti anda.
Kebanyakan artikel tidak cukup info, harga dan cara nak ke tempat shopping tersebut dari pusat bandar Hatyai. Disebabkan itulah, kami buat kompilasi tempat shopping di Hatyai ini khusus untuk anda hasil pengalaman kami menguruskan lebih 20,000 rakyat Malaysia yang melancong ke Hatyai sejak tahun 2015 hingga kini.
Dalam bahasa mudah, Hatyai adalah seperti Kuala Lumpur atau Bukit Bintang pada tahun 1990-an dengan banyak makanan lokal & tempat shopping. Berbeza dengan Bukit Bintang hari ini yang penuh dengan restoran Arab & Timur Tengah sampai hilang identiti Malaysia. Hatyai kekal dengan identiti Muslim-Thai dari segi budaya, makanan dan tempat menarik di sana.
Baca : 6 Kilang Kacang Hatyai Anda Wajib Shopping (2025)

“Hatyai best sebab bawa RM500-RM1,000 pun cukup untuk shopping & foodhunting sepanjang trip. Majoriti peniaga boleh faham basic Bahasa Melayu & boleh nego harga.”
Sebelum itu, kami nak anda faham dengan baik tentang kelebihan dan kekurangan tempat shopping di Hatyai. Ramai yang kecewa apabila tempat tumpuan pelancong di Hatyai tidak menepati keperluan dan citarasa mereka khususnya yang datang melancong ke Hatyai bersama keluarga.
Baca : Tips dan Strategi Lengkap Untuk Trip ke Hatyai (2025)
Kelebihan Tempat Shopping di Hatyai
1. Harga
Majoriti harga makanan di Hatyai dan harga tempat shopping di Hatyai adalah lebih murah berbanding di Malaysia dan anda ada peluang dan ruang untuk tawar menawar di pasar malam mereka.
2. Bahasa
Peniaga dan penjaja Muslim-Thai yang lazimnya memakai kopiah dan tudung sarung mampu memahami asas Bahasa Melayu dan mampu bertutur dalam dialek Melayu-Kelantan.
3. Kebersihan
Hotel, pusat beli belah dan majoriti restoran di Hatyai boleh dikatakan bersih sungguhpun sesak dengan pelancong pada musim cuti sekolah.
4. Jenis Barang
Ada banyak jenis barang keperluan dan kehendak yang dijual di Hatyai bermula makanan ringan, bahan mentah, bahan masakan, cenderamata, pakaian, aksesori sehingga ke spare part kenderaan.
5. Tawar Menawar
Budaya tawar menawar dengan peniaga dan penjaja di Hatyai adalah biasa untuk sesetengah barang sehingga anda dapat harga yang berpatutan dengan kuantiti dan jenis barang yang anda ingin beli di Hatyai kelak.
Kekurangan Tempat Shopping di Hatyai
1. Sesak
Hatyai sebenarnya sebuah bandar komersial yang sesak dengan pelancong dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Pelancong dari Malaysia lazimnya datang menaiki bas persiaran atau kereta, pelancong dari Indonesia datang menaiki kapal terbang dan pelancong Singapura ramai yang memandu dari Singapura.
2. Harga
Sebenarnya, harga makanan di Hatyai dan harga barang di Hatyai tidaklah terlalu murah apatah lagi di tempat tumpuan pelancong. Anda akan terkejut dengan perbezaan harga di antara orang lokal Thai vs pelancong Malaysia kelak.
3. Kualiti Barang
Untuk pakaian dan aksesori, bukan semuanya tulen dan original. Thailand adalah lubuk barang gred AAA (copy ori & fake) dan sebagainya. Jadi anda perlu pastikan kualiti barang yang anda beli setimpal dengan harga jualan.
4. Kurang Mesra OKU
Bukan semua restoran dan tempat tumpuan pelancong menyediakan laluan khas berkerusi roda. Tandas untuk OKU juga agak sukar untuk dijumpai berbanding di Malaysia. Hal ini kerana, majoriti bangunan di Hatyai adalah bangunan lama yang tidak mempunyai struktur khusus untuk OKU.
“Rajin-rajinlah tawar menawar waktu shopping di Hatyai sebab orang Thai akan mark up harga sedikit bila tahu kita datang dari Malaysia. Ini fakta.”
Bagaimana cara kami tetapkan indikator review sebenarnya adalah penting. Kami mengguna pakai konsep yang digunakan swaktu kami menguruskan trip ke Hatyai lebih 10 tahun dulu hingga kini. Ini adalah teknik rahsia yang lazimnya diunakan travel agensi seperti kami.
Baca : 15 Tempat Menarik di Hatyai Anda Wajib Pergi! (2025)
Indikator Review Tempat Shopping di Hatyai
Kami akan review tempat shopping di Hatyai berdasarkan 6 indikator di bawah :
- Harga
- Lokasi
- Tahap Kebersihan
- Sesuai Untuk Bila
“Tempat shopping di Hatyai memang murah, tapi tak semua tempat shopping sebenarnya murah. Tempat makan di Hatyai memang banyak restoran halal tapi bukan di semua tempat.”
Baca : 11 Barang Wajib Beli di Hatyai (Shopping Gems Sebenar)
12 Tempat Shopping di Hatyai
1. ASEAN Night Bazaar

Merupakan tempat shopping dari 100+ jenis vendor untuk pelbagai jenis barang seperti pakaian, aksesori, cenderamata dan makanan lokal Thai yang halal yang tidak terlalu murah kerana telah menjadi tempat tumpuan pelancong sejak tahun 1990-an lagi.
ASEAN Night Bazaar adalah destinasi wajib untuk anda yang ingin shopping di Hatyai dan foodhunting di Hatyai. Majoriti vendor di sini terima cara pembayaran cash dan QR Pay.
- Waktu Operasi : 4.30PM – 10PM (Kecuali Isnin)
- Harga : Murah & boleh tawar menawar
- Lokasi : 1.4KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 3/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping & foohunting waktu malam
- Google Map : https://g.co/kgs/BGSywQX
- Facebook : https://www.facebook.com/hatyainightmarket
2. Greenway Night Market
Boleh dinisbahkan sebagai pasar malam seperti Ipoh Night Market dan merupakan pusat menjual pelbagai jenis makanan Thai, snek Thai, barang vintaj, pakaian dan aksesori.
Greenway Night Market adalah salah satu destinasi wajib untuk anda experience shopping di Hatyai seperti lokal Thai dengan harga yang sangat berpatutan.
- Waktu Operasi : 5PM – 10PM (Kecuali Isnin)
- Harga : Murah & boleh tawar menawar
- Lokasi : 2KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 4/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping & foohunting waktu malam
- Google Map : https://g.co/kgs/Aro7Afd
- Facebook : https://www.facebook.com/Greenwaymarket
3. Kim Yong Market

Sebuah pasar utama di Hatyai yang sibuk setiap hari yang menjual pelbagai snek, kacang dan barangan import di Hatyai termasuk buah kering dan cenderamata.
Kim Yong Market adalah tempat terakhir yang anda perlu lawati sebelum pulang ke Malaysia untuk membeli snek, kacang dan makanan ringan lain. Peniaga di sini sangat ramah, cantik dan mampu bertutur asas Bahasa Melayu.
- Waktu Operasi : 7AM – 6PM (Setiap Hari)
- Harga : Agak Mahal & wajib tawar menawar
- Lokasi : 3KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 1/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping & foohunting waktu siang
- Google Map : https://g.co/kgs/KccNe3T
- Facebook : https://www.facebook.com/vodelivery
4. Lee Garden Night Market

Pasar malam di tengah bandar Hatyai berhadapan Lee Garden Plaza Hotel yang mempunyai pelbagai jenis makanan halal Thai, urutan Thai, kafe, kedai kanabis (420), pakaian, aksesori dan restoran.
Kawasan sekitar Lee Garden Night Market sangat sesak pada musim cuti sekolah dengan pelancong dan anda perlu menaiki Tuktuk atau Grab dan berjalan kaki ke sini.
- Waktu Operasi : 7PM – 11PM (Setiap Hari)
- Harga : Murah & wajib tawar menawar
- Lokasi : 4KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 2/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping & foohunting waktu malam
- Google Map : https://www.instagram.com/leegardensplaza/
- Facebook : https://www.facebook.com/vodelivery
5. Khlong Hae Floating Market

Pasar terapung di Hatyai dengan 50+ vendor yang menjual makanan dan minuman Thai dan cenderamata dari atas bot. Harga di sini sebenarnya mahal dan kami mendapati 90% pengunjung di sini adalah pelancong dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Khlong Hae Floating Market boleh dikatakan pasar terapung mini berbanding Damnoen Saduak Floating Market di Bangkok yang berusia lebih 100 tahun.
Majoriti peniaga dan penjaja di Khlong Hae Floating Market adalah Muslim-Thai yang mampu memahami dan bertutur dalam asas Bahasa Melayu.
- Waktu Operasi : 3PM – 9PM (Jumaat – Ahad)
- Harga : Mahal & wajib tawar menawar
- Lokasi : 8KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 4/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping & foohunting petang
- Google Map : https://g.co/kgs/ZMw8XNa
- Facebook : https://www.facebook.com/taladnamklonghae
Baca : Harga Makanan di Hatyai Halal : Tips dan Restoran Terbaik
6. Santisuk Market
Sebuah gedung pusat beli belah yang menjual pakaian, aksesori, cenderamata, barangan elektrik dan streetfood Thai.
Kawasan sekitar Santisuk Market seperti Bukit Bintang pada tahun 1990-an dan awal 2000-an yang sentiasa sibuk. Anda boleh skip tempat ini kerana tempat ini menjual banyak barang fake yang lama.
- Waktu Operasi : 9AM – 7PM (Setiap Hari)
- Harga : Murah
- Lokasi : 3KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 4/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping waktu siang
- Google Map : https://g.co/kgs/hU3aWhE
- Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100064126745932#
7. Kaysorn Souvenir
Tempat wajib singgah jika anda ingin shopping di Hatyai kerana anda boleh beli pelbagai jenis snek Thai, pakaian, aksesori, cenderamata dan hiasan rumah.
Jangan terkejut jika anda terserempak dengan pelancong dari Indonesia di sini. Kaysorn Souvenir juga menyediakan surau, tandas, ruang parkir luas dan tempat merokok untuk kaum lelaki menunggu kaum wanita yang sesat shopping di gedung ini.
- Waktu Operasi : 8AM – 6PM (Setiap Hari)
- Harga : Mahal
- Lokasi : 3KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 5/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping waktu siang
- Google Map : https://g.co/kgs/F5n6ZTN
- Facebook : https://www.facebook.com/kaysornsouvenir.shop
8. Nora Plaza
Boleh dinisbahkan sebagai shopping mall utama di Hatyai untuk pelancong asing shopping di Hatyai untuk membeli cenderamata, hadiah, barangan kulit, barangan vintaj dan herba Thai.
Anda boleh skip Nora Plaza kerana tempat ini sangat sesak dengan pelancong dan harga barang di sini semakin mahal berbanding zaman sebelum COVID-19.
- Waktu Operasi : 8AM – 6PM (Setiap Hari)
- Harga : Mahal
- Lokasi : 3KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 5/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping waktu siang
- Google Map : https://g.co/kgs/hYuq84C
- Facebook : https://www.facebook.com/norahatyai
9. Diana Shopping Complex
Merupakan pusat beli belah lama yang nostalgia dengan pelbagai produk lokal & antarabangsa, foodcourt, pasaraya, tempat permainan kanak-kanak pada harga yang berpatutan.
Anda juga boleh skip Diana Shopping Complex kerana ia adalah mall lama dan anda boleh teruskan mencari tempat shoopping di Hatyai yang lebih klasik, vintaj dan menjual barangan street Thai.
- Waktu Operasi : 10AM – 9PM (Setiap Hari)
- Harga : Harga Mall
- Lokasi : 2KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 5/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping waktu siang
- Google Map : https://g.co/kgs/PVjXU4u
- Facebook : https://www.facebook.com/dianacomplex
10. Central Festival Hatyai
Merupakan pusat beli belah terbesar di selatan Thailand dan keluasannya hampir sama dengan Sunway Pyramid Shopping Mall di Petaling Jaya.
Central Festival Hatyai adalah tempat di mana anda wajib shopping di Boots, Hatyai untuk membeli produk kosmetik dan kecantikan, experience makanan lokal Thai dan shopping barangan berjenama Thailand.
- Waktu Operasi : 10AM – 9PM (Setiap Hari)
- Harga : Harga Mall
- Tahap Kebersihan : 5/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping & foodhunting waktu siang
- Google Map : https://g.co/kgs/sB6kqEe
- Facebook : https://www.facebook.com/CentralHatyaiFanpage
Baca : 9 Barang Anda Wajib Beli di Boots Hatyai, Thailand!
11. Hatyai Village

Ini adalah lubuk foodhunting terbaru di Hatyai yang paling kami syorkan kerana konsep di sini adalah foodcourt dan restoran fine dining yang bersih dan cantik (Instagrammable).
Hatyai Village sebenarnya adalah shopping mall yang mempunyai banyak kiosk makanan Thai & restoran Thai dan juga produk lokal & antarabangsa di sini.
- Waktu Operasi : 6AM – 11PM (Setiap Hari)
- Harga : Mahal
- Lokasi : 7KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 5/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti foodhunting waktu siang & malam
- Google Map : https://g.co/kgs/TsXkDmG
- Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61557099366248
12. Big C, Extra Hatyai 2

Ini adalah tempat shopping di Hatyai paling best kerana anda boleh dapatkan hampir apa sahaja barangan seperti pakaian, makanan, aksesori, barang masakan, rempah, herba, dan streetfood Thai.
Big C yang dulunya dikenali sebagai Carrefour adalah hypermarket terbesar di Hatyai dan vibenya seperti memasuki Lotus’s di Malaysia. Jangan terkejut jika anda menjumpai kedai MR DIY di Big C.
- Waktu Operasi : 9AM – 9PM (Setiap Hari)
- Harga : Murah
- Lokasi : 6KM dari Central Hatyai
- Tahap Kebersihan : 5/5
- Sesuai Untuk : Aktiviti shopping waktu siang & malam
- Google Map : https://g.co/kgs/BDBkmm2
- Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069276503162
“Hatyai memang sesak setiap hujung minggu, lagi-lagi kalau ada cuti panjang di Malaysia sebab banyak pelancong dari Malaysia melancong ke Hatyai ditambah dengan orang lokal Patani, Yala, Narathiwat datang sini untuk jalan-jalan.”
Baca : Apa Yang Menarik di Hatyai? Ini Ulasan Kami!
Cara Pembayaran di Tempat Shopping di Hatyai
Bergantung kepada tempat shopping yang anda pergi di Hatyai, tetapi majoriti kedai, kiosk dan warung mengutamakan pembayaran secara tunai (cash).
Jika anda ingin gunakan kredit kad atau debit kad, ada kedai yang menetapkan minima pembelian sebanyak THB 200 – THB 300 contohnya di 7-Eleven dan kedai serbaneka di shopping mall.
Kesimpulan
Sebenarnya, trip selama 3 hari 2 malam sudah cukup untuk anda experience semua tempat shopping di Hatyai yang kami kongsikan dalam artikel ini. Akan tetapi, ia bergantung kepada keadaan trafik dan cuaca di Hatyai. Sila save dan bookmark artikel ini sebelum anda melancong ke Hatyai supaya trip shopping di Hatyai anda berjalan dengan lancar.