FAQ
Ada hospital ke di Hatyai?
Ya, ada beberapa hospital di Hatyai antaranya Songklanagarind Hospital dan Hatyai Hospital.
Hatyai ini terletak di mana?
Hatyai terletak di selatan Thailand dan bahagian utara Malaysia dengan jarak sekitar 60KM dari Bukit Kayu Hitam, Kedah, 110KM dari Durian Burung, Kedah dan 52KM dari Padang Besar, Perlis.
Adakah internet di Hatyai ok?
Internet di Thailand adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara. Anda digalakkan membeli simkad Thailand serendah THB 200 di sempadan bahagian Thailand.
Saya kena pakai apa di Hatyai?
Anda digalakkan memakai pakaian yang santai dan kasual sahaja sepanjang trip. Jika anda ke Hatyai pada musim hujan, sila bawa jaket, topi dan payung.
Apa beza Hatyai dan Songkhla?
Untuk info, Hatyai merupakan pusat komersial, perniagaan dan Songkhla merupakan pusat pentadbiran kerajaan Thailand.
Sebagai contoh, Hatyai adalah seperti Kuala Lumpur dan Songkhla adalah Putrajaya.
Apakah tarikan utama di Hatyai?
Antara tarikan utama di Hatyai adalah Central Hatyai, ASEAN Night Bazaar, Kim Yong Market, Tang Kuan Hill, Masjid Songkhla
Samila Beach, Khlong Hae Market dan Chang Puak Camp.
Apa tempat menarik di Hatyai?
Antara tempat menarik di Hatyai adalah Central Hatyai, Samila Beach, ASEAN Night Bazaar, Masjid Songkhla, Tang Kuan Hill, Kim Yong Market, Khlong Hae Market, Lee Garden Plaza dan Chang Puak Camp.
Apa aktiviti menarik di Hatyai?
Antara aktiviti menarik di Hatyai adalah foodhunting, shopping, sightseeing, bergambar, urutan Thai, experience 7-11 Thailand, lihat nightlife dan experience Tuk Tuk.
Apa barang larangan ke Thailand?
Antara barangan larangan ke Thailand adalah vape, podvape (sewaktu dengannya), dadah, dron (perlu dapat kebenaran khas) dan walkie talkie.
Berapa populasi dan agama di Hatyai?
Data dari tahun 2023 menunjukkan populasi di Hatyai adalah 800,000 orang dengan agama utama adalah Buddha diikuti Islam.
Demografi di Hatyai adalah Thai, Cina dan Melayu-Thai.
Apa dokumen untuk ikut trip ke Hatyai?
Anda hanya perlukan passport yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh trip.
Orang Thailand boleh berbahasa Inggeris?
Majoriti orang Thailand tidak mampu berbahasa Inggeris kerana mereka tidak pernah dijajah oleh British seperti Malaysia. Oleh yang demikian, anda digalakkan menggunakan aplikasi seperti Google Translate dalam berkomunikasi dengan orang Thai.
Di mana tempat menginap best di Hatyai?
Tempat menginap yang best di Hatyai bergantung kepada lokasi, jenis hotel dan keperluan anda. Antara tempat menginap yang best di Hatyai adalah Clover Hotel, VL Hatyai Hotel, Crystal Hotel, ATK Garden Hills dan Friendlytel Hotel.
Adakah Hatyai selamat untuk pelancong?
Hatyai adalah selamat untuk pelancong, namun anda dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga barang berharga sepanjang masa.
Trip ke Hatyai ini biasanya berapa orang?
Trip ini adalah join tour dan lazimnya seramai 25 orang – 40 orang sahaja bergantung kepada tarikh. Anda juga akan dibimbing oleh tour leader Malaysian sepanjang trip.
Adakah Hatyai sesuai untuk honeymoon?
Ya, Hatyai merupakan destinasi honeymoon yang mesra bajet dan selamat kerana makanan HALAL, lokal experience, banyak tempat shopping dan pelbagai aktiviti seperti melawat masjid dan Zoo.
Bila waktu terbaik untuk melawat Hatyai?
Waktu terbaik untuk melawat Hatyai adalah di antara bulan Mac – Oktober (musim panas) berbanding November – Februari (tengkujuh).
Bagaimana cara terbaik untuk ke Hatyai?
Cara terbaik untuk ke Hatyai ada beberapa cara. Antara yang paling popular adalah menaiki kenderaan peribadi, bas persiaran dan kapal terbang terus dari Kuala Lumpur ke Hatyai. Selain itu, anda boleh juga menaiki kereta api dari KL Sentral – Hatyai menerusi KTMB.
Apakah makanan yang popular di Hatyai?
Antara makanan yang popular di Hatyai adalah dim sum, tom yam, ayam goreng, pulut ayam, pulut mangga, roti canai, Gai Yang, Roti Sai Mai, Khao Mok Gai, Pad Mee Korat, Pad Thai dan Khanom Jeen.
Boleh guna kad debit Malaysia di Thailand?
Anda perlu aktifkan pengeluaran wang antarabangsa dengan hubungi bank anda untuk menggunakan fungsi ini di ATM di Thailand. Cara terbaik adalah menggunakan kad debit dari WISE, GX Bank dan lain-lain.
Adakah saya perlukan VISA untuk ke Hatyai?
Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Thailand dalam masa 30 hari tidak perlu VISA. Jika anda merancang untuk tinggal lebih 30 hari di Thailand, anda perlu memohon pertambahan hari di mana-mana pejabat Imigresen. Rujuk sini
Adakah Hatyai mesra warga emas dan OKU?
Ya, Hatyai merupakan destinasi pelancongan yang mesra warga emas dan OKU dengan parking OKU dan laluan kerusi roda di kebanyakan restoran dan pusat beli belah. Rujuk sini
Saya akan menginap di Lee Garden Plaza ke?
Tidak. Hal ini kerana, majoriti hotel di Lee Garden Plaza adalah hotel lama dan kurang bersih. Sebaliknya, anda akan menginap di hotel 3 Star berdekatan bandar Hatyai yang bersih dan selesa.
Apakah mata wang yang digunakan di Hatyai?
Mata wang yang digunakan di Hatyai ialah Baht Thailand (THB) dan kadar tukaran adalah sekitar THB 760 = RM100.
Adakah Hatyai sesuai untuk percutian keluarga?
Ya, Hatyai merupakan destinasi pelancongan yang ideal untuk keluarga kerana mempunyai pelbagai tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga termasuk pusat beli belah, taman tema dan zoo.
Apakah bahasa utama yang digunakan di Hatyai?
Bahasa Thai adalah bahasa utama, namun ramai juga yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Melayu di Hatyai dan Songkhla.
Apa festival yang ada di Hatyai sepanjang tahun?
Antara festival yang ada di Hatyai sepanjang tahun adalah Hatyai Vegetatian Festival, Hatyai International Marathon, Power of Hatyai Festival dan Songkhran.
Apa adat dan budaya Thailand yang saya perlu tahu?
Adat dan budaya di Thailand sedikit berbeza dengan Malaysia sungguhpun kita berjiran dengan mereka. Antara pantang larang di Thailand adalah :
1. Dilarang mempermainkan dan memperlecehkan Raja Thailand
2. Dilarang menangkap gambar atau bergambar di depan gambar Raja Thailand
3. Tidak boleh bergambar di sesetengah tokong Buddha yang dianggap suci.
Saya perlu beli poket WIFI atau beli simkad Thailand?
Anda digalakkan membeli simkad Thailand kerana harganya jauh lebih murah dan hanya ambil masa 10 minit untuk terus guna.
Pilihan kedua adalah poket WIFI jika anda melancong dalam grup yang lebih besar dan memerlukan internet yang lebih stabil.
Pilihan ketiga adalah roaming menggunakan internet sedia ada serendah RM10 sehari bergantung kepada pelan internet.
Di mana tempat terbaik untuk membeli-belah di Hatyai?
Pasar terapung Khlong Hae, Central Hatyai, Kim Yong Market, ASEAN Night Bazaar dan Lee Garden Plaza antara tempat popular untuk membeli-belah di Hatyai.
Apa barang yang tak boleh dibawa dari Thailand ke Malaysia?
Antara barang yang tak boleh dibawa dari Thailand ke Malaysia adalah ganja, barangan berkaitan bendera Thailand dan Raja Thailand, bahan pronografi dan mata wang palsu.