Pernahkah anda terfikir untuk melancong ke Hatyai? Adakah anda terpesona dengan konten di media sosial tentang Hatyai travel dari segi budaya, makanan halal di Hatyai yang murah, tempat menarik di Hatyai, sightseeing di Hatyai atau mencuba produk kanabis di Hatyai?
Ya, sebenarnya ada banyak alasan dan sebab rakyat malaysia melancong ke Hatyai. Apa yang pasti, Hatyai sejak tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah menjadi top 5 destinasi paling kerap dilawati rakyat Malaysia sehingga artikel ini ditulis.

Bahkan, ada artikel dari Kosmo yang mengatakan Hatyai telah digelar sebagai ‘Little Malaysia’ oleh orang lokal Thailand selepas menyaksikan banyaknya pelancong yang melancong ke Hatyai sewaktu musim cuti sekolah dan hujung minggu di Hatyai.

Kenapa Orang Malaysia Melancong ke Hatyai?
Untuk pengetahuan anda, Hatyai sejak tahun 1960-an lagi telah menjadi destinasi melancong dan healing majoriti penduduk di utara Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Apatah lagi, mereka tidak memerlukan passport dan hanya memerlukan Pas Sempadan Thailand.

Hasil pengalaman kami, kami dapati terdapat 5 punca utama kenapa ramai rakyat Malaysia melancong ke Hatyai :
- Shopping
- Sightseeing
- Foodhunting
- Experience budaya
- Healing & short vacation
- Honeymoon bajet & murah
Jika anda nak bercuti di Hatyai disebabkan salah satu atau semua asbab di atas, tahniah! Anda sebenarnya selangkah untuk melancong ke Hatyai.
Baca : 10 Salah Faham Rakyat Malaysia Bila ke Hatyai (WAJIB BACA)
Dalam artikel ini, kami akan dedahkan kenapa lebih 20,000 rakyat malaysia ambil Pakej Hatyai dengan kami sejak tahun 2014 hingga kini.
Sila baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui tips & strategi untuk anda melancong ke Hatyai.
Termasuk Transport Dari KL Sentral – Hatyai
Anda ada pilihan untuk menaiki bas persiaran biasa dan bas persiaran VIP. Bas persiaran jenis VIP lebih luas berbanding bas persiaran biasa dengan kerusi jenis 2 +1 berbanding bas biasa 2+2.

Harga Pakej Hatyai kami sudah termasuk dengan bas, pemandu, krew, tol dan petrol dari KL Sentral – Hatyai – KL Sentral.
Anda inginkan trip private di mana satu bas itu trip anda? Nak pickup di tempat yang anda inginkan? Boleh. Tiada masalah. Anda hanya perlu WhatsApp tim kami.
Tour Guide Mesra Malaysian
Tour guide Thailand kami fasih berbahasa Melayu dan akan membantu anda dalam urusan tawar menawar dengan peniaga lokal Thai di Hatyai sewaktu trip anda kelak.

Selain itu, tour guide Thailand kami dilatih untuk menjaga kebajikan warga emas, OKU dan big group dan mereka faham keperluan orang malaysia yang perlu kerap ke tandas dan kurang gemar berjalan jauh bila melancong.
10+ Lawatan Tempat Menarik di Hatyai
Anda akan dibawa melawat lebih 10+ tempat menarik di Hatyai untuk experience budaya di Hatyai, lokal streetfood Muslim-Thai dan sightseeing di tempat-tempat tarikan utama di Hatyai.

Ada tempat yang khusus untuk shopping, foodhunting, belajar sejarah dan lain-lain. Anda dapat semuanya dalam trip ini.
Ada Free & Easy
Jarak hotel anda ke Central Festival Hatyai hanya 5 minit sahaja. Anda boleh gunakan Grab atau sewa tuktuk secara beramai-ramai untuk pergi ke tempat menarik lain di Hatyai waktu free & easy.

Baca : Review Jujur : 12 Tempat Shopping di Hatyai 2025 (LENGKAP)
Trip Shopping di Hatyai
Tak sah kalau ke Hatyai tanpa melawat tempat shopping yang best dan murah! Dalam trip ini, anda akan dibawa ke tempat shopping di Hatyai yang menjual lebih 30+ jenis kacang, barangan kulit, pakaian, aksesori dan cenderamata Thai yang murah dan cantik.

RM500 – RM1,000 sebenarnya sudah cukup untuk anda shopping di Hatyai bergantung kepada jenis makanan, barang dan tempat yang anda shopping. Anda boleh gunakan kad debit, kad kredit dan QR Pay sepanjang shopping di Hatyai.

Trip Foodhunting di Hatyai
Anda akan experience makananan di Khlong Hae Floating Market, sebuah pasar terapung yang menjual lebih 50+ jenis makanan lokal Thai yang halal dan sedap.

Selain itu, anda akan dibawa experience makan steamboat dan seafood Thai-style yang unik dan sukar untuk anda jumpai di Malaysia dalam trip ini.
Solat Terjamin
Kami akan pastikan anda solat tepat pada waktunya dan anda akan solat di masjid, bukan surau RnR atau surau restoran yang sempit dan kurang selesa.

Di Hatyai, anda akan solat di dalam bilik hotel yang mempunyai kiblat dan sejadah dan diberitahu tentang waktu solat kerana ada perbezaan waktu (1 jam) di antara Thailand & Malaysia.
Hotel 3 Star Selesa (Bukan Berhantu)
Majoriti Pakej Hatyai lain beri anda penginapan di tengah bandar Hatyai. Akan tetapi, hotel yang mereka sediakan adalah hotel bajet 2 star ke bawah yang sempit, kotor, bising dan berhantu (sesetengah).

Kami tidak berikan anda penginapan jenis itu kerana majoriti hotel di tengah bandar Hatyai adalah dari bangunan lama yang kotor, sempit dan bising. Barangkali itu punca harga hotel 2 star ke bawah di kawasan ini sangat murah.
Dengan Pakej Hatyai kami, anda dapat hotel 3 Star yang selesa, mesra Muslim, tidak berhantu dan jaraknya hanya 5 minit dari Central Festival Hatyai.
Termasuk Insurans Thailand
Anda dilindungi sepanjang trip ke Hatyai kerana Pakej Hatyai travel kami termasuk dengan insuran Thailand sebagai perlindungan untuk kes kecemasan anda sepanjang berada di Thailand.

Penutup
Soalnya, perlu ke ambil Pakej Hatyai dengan travel agensi semata-mata untuk ke Hatyai yang jaraknya hanyalah 60KM dari Bukit Kayu Hitam. Jawapannya, bergantung kepada situasi dan keperluan anda.
Kami bukan freelancer atau travel agensi yang tidak berlesen. Kami adalah travel agensi berdaftar yang sah dengan MOTAC (KPK/LN 9007) dan berpengalaman dalam mengurus trip rakyat Malaysia ke Thailand sejak tahun 2014 hingga kini.
Bahkan, kami ada tim di Hatyai yang akan uruskan 100% hotel anda, tour guide Thailand, makanan halal dan paling penting, krew kami pandai ambil gambar & video untuk menyimpan memori sepanjang trip anda di Hatyai.
Apa yang paling penting, tour guide lokal Thai kami faham keperluan orang malaysia yang sering ingin ke tandas dan tidak suka berjalan jauh jika melancong.
Trip Hatyai travel akan menjadi lancar sebab segalanya telah diuruskan. Anda tinggal datang ke Hatyai dan enjoy 3 hari 2 malam sepanjang trip ke sana. Klik SINI untuk pilih tarikh trip ke Hatyai anda sekarang!