pengalaman bercuti ke hatyai

Pengalaman Bercuti ke Hatyai 3H2M (FULL EXPERIENCE)

Pengalaman bercuti ke Hatyai memang tak pernah mengecewakan! Destinasi popular di selatan Thailand ini sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk short getaway. Dekat, makanan sedap, banyak aktiviti menarik, dan yang paling penting, kos percutian ke Hatyai ini jauh lebih mesra poket berbanding melancong di dalam Malaysia. 

Kalau anda sedang merancang trip  ke Hatyai 3H2M, artikel ini sesuai sangat untuk anda. Jom lihat itinerari penuh dan cara ke Hatyai yang paling best hasil dari pengalaman kami!

Baca artikel ini sampai habis supaya anda dapat gambaran jelas tentang Hatyai menurut pandangan traveler dari Malaysia. 

Baca : Apa Yang Menarik di Hatyai? Ini Ulasan Kami! 

Cara-Cara Untuk Pergi ke Hatyai

Untuk ke Hatyai, ada beberapa cara yang anda boleh pilih bergantung kepada bajet dan keselesaan sama ada naik train, bas, memandu kereta atau flight. 

1. Train dari Kuala Lumpur ke Hatyai

train ke hatyai

Kalau nak travel dengan santai, anda boleh naik kereta api dari KL Sentral ke Padang Besar, kemudian tukar tren ke Hatyai. Perjalanan ini lazimnya memakan masa lebih kurang 8 jam-9 jam.

Sungguhpun memakan masa yang agak panjang, cara ke Hatyai ini sangat berbaloi sebab anda boleh enjoy view di kiri dan kanan anda sepanjang perjalanan sambil membeli makanan di dalam kereta api. Selain itu, ruang solat turut disediakan untuk lelaki dan wanita (bercampur). Anda perlu bergilir-gilir solat kerana ruangan solat hanya mampu memuatkan satu-dua orang dalam satu masa. 

Kalau anda nak travel dengan cara yang lebih menjimatkan masa, boleh juga cuba ambil tren My Sawasdee yang lebih cepat sebab stesen yang dia singgah adalah kurang berbanding KTM. Malangnya, tren ni hanya beroperasi pada tarikh tertentu, jadi pastikan anda check jadual dulu! Harga tiket serendah dari RM95 sehala.

2. Pandu Kereta Sendiri Masuk ke Hatyai

pandu kereta ke hatyai

Cara travel ke Hatyai kedua ini sesuai untuk anda yang menetap di bahagian utara Semenanjung Malaysia (Kedah, Perak, Pulau Pinang) di mana, anda boleh drive terus ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Jarak dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai adalah 60KM dan anda mampu sampai dalam masa 1 jam 15 minit ke 2 jam bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Jika anda memandu dari Pulau Pinang, anda boleh gunakan laluan Padang Besar ke Hatyai yang lazimnya memakan masa 1 jam – 2 jam untuk ke Hatyai. dari Penang nak ke Padang Besar dalam 2 jam lebih. Selepas selesai urusan di imigresen & kastam kedua-dua negara, ada lagi 1 jam lagi nak tiba di Hatyai!

Cadangan kami, anda boleh berhenti sebentar di Danok untuk beli simkad Thailand atau singgah di mana-mana 7-Eleven Thailand sepanjang perjalanan ke bandar Hatyai.

Satu lagi point penting adalah anda kena pastikan insurance kereta dah dibeli sebelum drive in masuk ke Hatyai. Jangan risau sepanjang jalan anda drive ke arah border imigresen tu ada banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan insurans kereta Thailand insurance ni, kira one stop centre for everything.

Berdasarkan pengalaman kami, bawa kereta sendiri ke Hatyai sebenarnya jauh lebih memudahkan perjalanan sebab ikut timing kita, tapi anda kena pastikan yang kenderaan anda sesuai untuk berjalan jauh hingga ke Hatyai. Dalam erti kata lain, jangan lupa servis kereta anda!

Selain itu, sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang memandu ke Hatyai tidak tahu undang-undang jalanraya di Thailand. Kesannya, setiap hari pasti akan ada kenderaan dari Malaysia yang disaman oleh penguatkuasa tempatan Thailand.

Daripada melayang THB 500 anda, baik anda parking kedneraan di tempat dan cara yang betul (kena tahu fasal hari genap & hari ganjil) ataupun parking di hotel sahaja. Kemudian, anda sewa tuk-tuk atau naik Grab untuk pergi ke tempat menarik di Hatyai. Anda boleh rujuk video ini sebagai panduan. 

Baca : 15 Tempat Menarik di Hatyai Anda Wajib Pergi! (2025)

3. Bas dari Kuala Lumpur ke Hatyai

bas dari kl ke hatyai

Ada banyak syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan trip perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hatyai. Trip ke Hatyai dari Kuala Lumpur khususnya KL Sentral dan Klang Sentral biasanya mengambil masa 8 jam-12 jam dan tiketnya tak mahal, memang sesuai untuk percutian bajet ke Hatyai. 

Ada few options untuk starting point, ada bas dari Hentian Duta, atau Kepong, tapi selalunya ramai yang akan memilih KL Sentral dan Klang Sentral untuk melancong ke Hatyai. 

Tiket bas paling murah untuk ke Hatyai bermula RM70, dan kalau tak sure bas mana nak pilih, kami mengesyorkan Alisan Golden Coach Express!

4. Flight ke Hatyai 

flight ke hatyai

Cara ke Hatyai yang paling cepat dan selesa, anda boleh naik flight dari Kuala Lumpur ke Hatyai dalam 1 jam 15 minit sahaja. Batik Air dan AirAsia selalu ada promo murah, so pandai-pandailah cari tiket awal! Harga tiket flight round-trip bermula dengan RM300 – RM600 mengikut musim dan tarikh.

Baca : 15 Tempat Menarik di Hatyai Anda Wajib Pergi! (2025)

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam

Rujuk itinerari ke Hatyai selama 3 hari 2 malam di bawah yang kami kongsikan untuk anda tahu experience sebenar bila melancong ke Hatyai. 

Hari Pertama: Check-In & Jalan Santai

Sampai je di Hatyai, anda boleh terus settle check-in atau kalau sampai pagi, letak beg dulu dan mula explore tempat menarik di Hatyai dengan cara santai. Jangan lupa bawa topi & payung kerana Hatyai boleh hujan secara tiba-tiba.

casa 33 hotel, hatyai

Pagi: Hotel di Hatyai
Sampai je di Hatyai, terus check-in hotel atau letak beg dulu kalau sampai awal. Antara hotel popular di Hatyai yang anda boleh book adalah :

  • Casa 33 Hatyai (aesthetic vibes)
  • Centara atau Lee Gardens Plaza (pusat bandar)
  • Red Planet atau The Habita Hatyai (bajet-friendly)

Tengahari atau petang : Jalan-jalan cari makan

Mulakan trip dengan makan di Ayutthaya Halal Noodles, terkenal dengan tomyam dan mee celup. Kedai ni ada aircond dan environment dia selesa, terletak betul-betul depan New Season Hotel sangat family-friendly. 

Malam : Foodhunting & Shopping
Selesai membersihkan diri dan selesai solat Jamak, anda boleh shopping & foodhunting di Greenway Night Market. Di sini, ada banyak gerai makanan yang menjual makanan lokal Thai yang sedap & halal. Anda kena pergi ke kaunter, top up kad dan bayar makanan guna kad tersebut. Kalau ada baki, pergi balik ke kaunter untuk dapatkan duit semula!

Selain gerai makanan, ada juga barangan lokal, dan aksesori. Best spot untuk jalan-jalan santai sambil shopping! Bagi perempuan pula lazimnya akan rambang mata dengan lambakan barang & aksesori yang cantik dan murah.  

Baca : 5 Aktiviti Menarik di Hatyai Anda Wajib Buat!

Hari Kedua: Breakfast, Shopping & Makan Halal

Nak tahu macam mana nak maksimakan pengalaman bercuti ke Hatyai? Dari sarapan sedap, shopping barang murah, hingga menikmati pemandangan menarik ada banyak aktiviti yang anda tak boleh lepaskan pada hari kedua ini.

khlong hae maket foating market hatyai

Pagi : Sarapan pagi halal di Hatyai dan Kim Yong Market
Mulakan hari anda dengan sarapan di hotel atau pekena roti canai atau Pad Thai di Hamid Restaurant.

Lepas breakfast, kita sambung shopping! Wajib singgah di Kim Yong Market dan Lee Garden Plaza. Kalau anda nak beli buah tangan atau barang-barang murah macam baju, beg, dan snack, kat sinilah tempatnya. Jangan lupa beli kacang gajus, seaweed, dan freeze dried fruits sebagai buah tangan di Kim Yong Market!

Tengahari ke petang : Healing di Ton Nga Chang

Untuk lunch, kalau nak cari makanan halal, anda boleh try di Dimsum Chabura, Hatyai. Kedai dia terletak 3KM dari Lee Garden Plaza. Ada banyak menu yang anda pasti suka seperti steamboat, seafood dan makanan lokal Thai yang halal. 

Malangnya, kedai ini agak popular di kalangan pelancong Malaysia dan orang lokal Thai-Muslim turut makan di sini.


Lepas tu, kalau masih ada tenaga, boleh jalan-jalan ke Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary untuk experience air terjun, gunung hijau untuk hiking, dan kolam untuk berenang. Selepas seharian berpanas di bandar, singgah di air terjun Ton Nga Chang pasti menyegarkan minda dan badan anda. Keindahan alam semula jadi di sini juga akan beri ketenangan!

Dari pusat bandar Hatyai, perjalanan ke Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary hanya ambil masa lebih kurang 40 minit dengan kereta, teksi, atau motor. Jangan lupa sediakan 200 THB (RM26) untuk bayaran masuk ke taman negara ni!

Hari Ketiga : Sarapan, Last-Minute Shopping & Pulang

Hari terakhir di Hatyai adalah masa untuk sarapan santai dan shopping saat akhir sebelum pulang. Ini peluang terakhir untuk borong barang viral dan goodies menarik sebagai kenangan.

7 eleven thailand

Dah puas shopping, check-out hotel dan bersedia untuk perjalanan pulang dengan selesa, sama ada naik train, kereta, bas, atau flight!

Pagi : Sarapan pagi Halal di Hatyai, 7-Eleven & Pulang
Sebelum check-out, enjoy your breakfast dan ready untuk hari terakhir. Antara spot sarapan yang best, anda boleh cuba Dimsum Chabura Hatyai. Tomyam kering di sini memang padu, walaupun harga sedikit tinggi, tapi memang berbaloi. Selain tomyam kering, banyak juga pilihan makanan lain yang sedap seperti steamboat dan seafood yang sangat segar!

Kalau masih ada masa, jangan lupa singgah 7-Eleven untuk borong barang-barang menarik macam burger Thailand, skincare dan air susu Meiji. Tak lengkap trip ke Hatyai tanpa shopping di 7-Eleven!

Baca : 24 Tips Untuk Anda Melancong ke Hatyai

Rancang Trip Seterusnya ke Hatyai dengan Mudah

Dah siap shopping last minute, anda boleh check-out hotel dan balik ikut transport yang anda guna masa datang ke Hatyai.

Nota Penting: Pastikan anda double check masa yang kita rujuk for any booking adalah masa local(Thailand) atau Malaysia supaya tak terlepas waktunya.

Anda juga wajib isi arrival-card ke Thailand seawal 3 hari sebelum trip ke Hatyai anda.

Kalau naik train dari KL ke Hatyai, anda boleh naik tren petang balik semula ke Malaysia. Tapi sebelum tu sebaiknya book slot untuk van kongsi ke KTM Padang Besar terus! Harga dari RM30 – RM60 seorang.

Kalau anda perlukan van kongsi untuk balik, waktu terakhir untuk naik van adalah pukul 3 petang (waktu Thailand). Van akan ambil anda terus dari hotel dan hantar sampai ke KTM Padang Besar.

Kalau naik kereta, drive balik ikut laluan yang sama di Bukit Kayu Hitam atau ke Padang Besar. Bagi yang naik bas atau flight, confirm anda akan rasa selesa sebab tak perlu drive.

Dengan banyak pilihan pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Hatyai, makanan sedap, shopping murah, dan tempat menarik untuk dilawati, memang tak hairan kenapa Hatyai jadi pilihan rakyat Malaysia.

Pengalaman bercuti ke Hatyai selama 3 hari 2 malam ni memang cukup untuk anda explore semua tarikan utamanya. So, tunggu apa lagi? Cepat-cepat plan trip anda dan book pakej percutian Hatyai sekarang!

Scroll to Top