shopping mall di hatyai

7 Shopping Mall di Hatyai Anda Wajib Singgah (Edisi 2025)

Hatyai, sebuah destinasi popular di selatan Thailand telah menjadi tumpuan pelancong Malaysia sejak tahun 1960-an lagi buat rakyat Malaysia yang ingin experience shopping, foodhunting dan sightseeing pada harga murah. Bagi anda yang merancang percutian ke Hatyai, berikut adalah 7 shopping mall di Hatyai yang wajib anda singgah. Setiap satu menawarkan pelbagai pengalaman unik yang sesuai untuk solo trip, trip buddy, family trip dan big group!

“Experience bila pergi shopping mall di Hatyai ini macam pergi shopping mall tahun awal 200-an di KL.”

Baca : Review Jujur : 12 Tempat Shopping di Hatyai 2025 (LENGKAP)

1. Hatyai Central Festival

Hatyai Central Festival adalah pusat membeli-belah terbesar di Hatyai yang menawarkan pelbagai pilihan kedai, dari pakaian, aksesori, teknologi, sehingga makanan. Terkenal dengan suasana moden dan luas, pusat membeli-belah ini juga menjadi tempat yang popular bagi mereka yang suka makan dan mencari barangan runcit.

Anda boleh menemui pelbagai francais restoran lokal Thai dan antarabangsa yang menyajikan pelbagai hidangan. Akan tetapi, ada baiknya anda semak dulu status halal di restoran-restoran yang anda ingin makan di sini.

Central Festival Hatyai

Untuk info, Central Festival Hatyai adalah sebuah pusat beli belah dengan keluasan sama seperti Sunway Pyramid, Petaling Jaya yang mula beroperasi pada Disember 2013 dan dimiliki oleh Central Pattana.

Operasi: 10AM – 10PM (Setiap Hari)
Lokasi: Google Maps

Selain membeli-belah, Hatyai Central Festival juga menawarkan pelbagai hiburan seperti pawagam dan taman permainan untuk kanak-kanak. Jika anda mencari tempat yang lengkap untuk semua jenis keperluan, ini adalah pilihan utama yang anda perlu datang sewaktu trip ke Hatyai!

2. Food Villa, Hatyai

Bagi penggemar makanan, Food Villa, Hatyai adalah syurga untuk anda. Pusat membeli-belah dengan konsep open space ini bukan sahaja menyediakan pelbagai pilihan kedai makanan lokal dan antarabangsa, tetapi juga kedai-kedai yang menjual bahan-bahan makanan yang sukar ditemui di tempat lain. Menawarkan suasana yang santai dan mudah diakses, ia merupakan tempat yang sesuai untuk menjamu selera sambil membeli-belah.

Food Village, Hatyai

Akan tetapi, harga makanan dan barangan aksesori dan cenderahati di sini adalah lebih mahal sedikit berbanding di tempat lain. Maka, ada baik anda semak harga makanan & barangan di sini terlebih dahulu.

Operasi: 10AM – 9PM (Setiap Hari)
Lokasi: Google Maps

Jangan lupa untuk mencuba hidangan tempatan yang terkenal, termasuk tom yam, pad thai, dan kek tradisional Thai. Anda pasti akan jatuh cinta dengan rasa makanan di sini.

Baca : 8 Cafe di Hatyai Yang Halal & Mesra Muslim Wajib Cuba (2025)

3. Robinson, Hatyai

Jika anda mencari pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan, Robinson Hatyai adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Selain pakaian dan aksesori, Robinson turut menyediakan keperluan harian seperti produk kecantikan, elektronik, dan peralatan rumah tangga.

Robinson, Hatyai

Operasi: 10AM – 10PM (Setiap Hari)
Lokasi: Google Maps

Robinson Hatyai menawarkan suasana membeli-belah yang lebih santai (tidak sesak) berbanding pusat membeli-belah besar lain, sesuai untuk mereka yang suka mencari barang-barang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

4. Makro, Hatyai

Makro, Hatyai adalah pusat membeli-belah yang terkenal di kalangan lokal Thai dan pelancong yang tinggal lama di Thailand. Walaupun lebih dikenali sebagai pasar raya borong, Makro menawarkan pelbagai jenis barangan, termasuk makanan, perkakas rumah dan barang keperluan harian dengan harga yang sangat berpatutan.

Vibenya sama seperti anda shopping di Giant!

Makro Hatyai

Operasi: 9AM – 9PM (Setiap Hari)
Lokasi: Google Maps

Makro sangat sesuai untuk pelancong yang ingin membeli barangan dalam kuantiti banyak dengan harga murah, atau mereka yang ingin mencari barang-barang asli Thai untuk dibawa pulang sebagai cenderamata.

5. Lotus’s Hatyai

Lotus’s Hatyai adalah pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan barangan seperti pakaian, makanan, produk kecantikan, dan elektronik. Ia juga terkenal dengan bahagian pasaraya yang menyediakan pelbagai produk lokal dan antarabangsa.

Anda disarankan untuk melihat senarai barang yang ada di pasaraya kerana ada banyak produk yang tiada di Malaysia dan anda boleh beli pada harga yang murah!

Lotus's Hatyai

Operasi: 10AM – 9PM (Setiap Hari)
Lokasi: Google Maps

Dengan suasana yang nyaman dan mesra, Lotus’s adalah tempat yang tepat untuk membeli barang keperluan harian sambil menikmati makanan ringan di kafe-kafe yang ada di dalamnya. Akses untuk parking kenderaan juga sangat luas & mudah.

6. Big C Extra, Hatyai

Salah satu pusat membeli-belah yang sangat popular di Hatyai adalah Big C Extra, yang menawarkan pelbagai pilihan barangan untuk semua golongan. Dari pakaian hingga makanan, Big C Extra adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mencari barang pada harga yang berpatutan dengan pelbagai pilihan, jenis dan kualiti.

Majoriti orang lokal Thai akan beli barangan harian mereka di sini.

Big C Extra, Hatyai

Operasi: 10AM – 10PM (Setiap Hari)
Lokasi: Google Maps

Big C Extra juga mempunyai banyak kedai yang menawarkan barang-barang dengan harga diskaun yang menarik pada hari tertenu dan waktu tertentu menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk anda berjimat!

7. Diana Complex Shopping Center, Hatyai

Jika anda mencari pusat membeli-belah yang lebih tradisional dengan harga yang sangat berpatutan, Diana Shopping Complex adalah tempat yang perlu anda kunjungi. Terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai jenis kedai, termasuk fesyen, aksesori, dan produk-produk unik.

Malangnya, Diana Shopping Complex ini terlalu ramai dengan kedatangan pengunjung dari Malaysia, Indonesia dan Singapura yang menjadikan harga barang di sini agak mahal kerana telah menjadi tourist spot.

Diana Shopping Complex, Hatyai

Operasi: 10AM – 9PM (Setiap Hari)
Lokasi: Google Maps

Selain membeli-belah, anda juga boleh menikmati hidangan ringan lokal Thai yang halal dijual restoran yang ada di pusat beli belah ini.

Baca : 6 Kilang Kacang Hatyai Anda Wajib Shopping (2025)

“Apa yang best dengan shopping mall di Hatyai ini, mereka jual banyak barang yang tak ada di Malaysia dan harganya murah dan mampu milik.”

Kesimpulan

Bagi anda yang merancang percutian ke Hatyai, shopping mall di Hatyai adalah salah satu tempat menarik dan experience utama yang anda perlu lalui untuk mengenal budaya dan gaya hidup orang lokal Thai. Dari pusat membeli-belah besar seperti Hatyai Central Festival hingga ke tempat tumpuan pelancong seperti Diana Shopping Complex, setiap satu menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan menarik. Jadi, pastikan anda save dan bookmark artikel ini sebagai panduan ketika merancang perjalanan anda ke Hatyai.

Sebelum anda merancang perjalanan, pastikan anda bookmark artikel ini untuk rujukan ketika berada di Hatyai. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi semua shopping mall di Hatyai yang kami senaraikan!

Baca : 15 Tempat Menarik di Hatyai Anda Wajib Pergi! (2025)

Scroll to Top