Tips Hatyai

Baca kompilasi tips & strategi sebelum dan semasa anda melancong ke Hatyai berdasarkan pengalaman kami menguruskan trip ke Hatyai!

Syarat Masuk Hatyai

Passport

Anda memerlukan passport yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh trip.

Anda perlu isi borang ketibaan dan pihak Imigresen akan buat semakan bagasi.

Boarder Pass

Anda memerlukan boarder pass yang sah sekurang-kurangnnya 1 tahun. Anda perlu isi borang ketibaan dan pihak Imigresen akan buat semakan bagasi.

Untuk boarder pass, destinasi lawatan anda terhad ke selatan Thailand sahaja seperti Satun, Yala, Hatyai, Patani dan Narathiwat.

Aplikasi di Hatyai

Transaksi

Untuk membuat transaksi pembayaran, anda boleh gunakan aplikasi AliPay dan Touch N Go.

Seharian

Untuk aplikasi seharian, anda boleh gunakan Google Maps, Google Translate.

Untuk book teksi, anda boleh gunakan aplikasi Grab sama seperti di Malaysia.

Untuk tempah makanan, anda boleh gunakan aplikasi Foodpanda sama seperti di Malaysia.

Internet di Hatyai

Roaming

Untuk roaming internet, anda perlu buka tetapan pada aplikasi kurier internet anda sebelum ke Hatyai.

Harga roaming bergantung kepada perubahan semasa. Harga setakat ini :

Maxis : RM29/hari
Umobile : RM10/hari
Celcomdigi : RM28/3hari

Simkad Thailand

Anda boleh beli simkad Thailand di sepanjang boader Malaysia-Thai pada harga serendah THB 200.

Majoriti kedai simkad Thai tak memerlukan anda daftar dan anda boleh terus guna selepas 10 minit.

Internet di Thailand adalah jauh lebih laju berbanding di Malaysia.

Ubat di Hatyai

Ubat

Anda disarankan bawa ubat-ubatan ini dari Malaysia untuk trip ke Hatyai :

ORS
Kool Fever
Ubat Demam
Pil Arang (Cirit Birit)

Hospital

Jika anda jatuh sakit atau memerlukan rawatan kecemasan, anda boleh lawati hospital ini :

Hatyai Hospital
Sikarin Hat Yai Hospital
Bangkok Hospital Hat Yai
Songklanagarind Hospital

Festival di Hatyai

Songkhran

Festival Songkran ialah perayaan tradisional Tahun Baru Thailand yang diraikan setiap tahun dari 13 hingga 15 April.

Dikenali sebagai “pesta air,” ia melambangkan penyucian diri dan permulaan baru, di mana orang ramai membersihkan rumah, melawat kuil, dan menyiram patung Buddha dengan air wangi sebagai tanda penghormatan.

Aktiviti utama festival ini adalah perang air besar-besaran di jalanan, di mana pelancong dan penduduk tempatan saling menyiram air sebagai simbol membersihkan dosa dan membawa tuah.

Power of Hatyai

Festival Power of Hatyai ialah acara tahunan yang dianjurkan di bandar Hatyai, Thailand, untuk mempromosikan budaya, seni, dan pelancongan tempatan di hujung minggu sepanjang September – Oktober.

Festival ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan muzik, tarian tradisional, pameran seni, bazar makanan, dan jualan produk tempatan.

Selain itu, terdapat juga pertunjukan cahaya dan bunyi yang memukau, menjadikan acara ini sesuai untuk pelawat dari pelbagai lapisan umur.

Festival ini bertujuan untuk meraikan keunikan budaya Hatyai sambil menggalakkan interaksi antara pelancong dan penduduk tempatan, menjadikannya salah satu acara yang wajib dikunjungi di selatan Thailand.

Hatyai Marathon

Hatyai International Marathon ialah acara larian tahunan lazimnya pada bulan Mei yang diadakan di Hat Yai, Thailand, menarik penyertaan ribuan pelari dari dalam dan luar negara.

Festival ini menampilkan pelbagai kategori larian, termasuk full marathon (42.1 km), half marathon (21.1 km) dan mini run (10 km).

Vegetarian Festival

Vegetarian Festival di Hatyai ialah perayaan tahunan yang berlangsung pada bulan kesembilan kalendar lunar Cina (akhir September atau awal Oktober).

Festival ini diadakan untuk menghormati tradisi keagamaan Tao dan Buddha. Festival ini disambut dengan meriah oleh masyarakat Cina di Hatyai, di mana para peserta mengamalkan diet vegetarian selama sembilan hari sebagai tanda penyucian tubuh dan jiwa.

Acara ini turut menampilkan ritual keagamaan seperti perarakan dengan amalan ekstrem seperti menindik tubuh, persembahan tradisional, dan penyembahan di kuil.

Selain itu, jalanan Hatyai dipenuhi dengan gerai makanan vegetarian, menjadikannya tarikan utama bagi pelancong yang ingin menikmati pengalaman budaya dan makanan yang unik.

 

Sempadan ke Hatyai

Perak

Pintu lintasan sempadan ke Thailand dari Perak :

Pengkalan Hulu – Betong

Perlis

Antara pintu lintasan sempadan ke Thailand dari Perlis :

• Wang Kelian – Wang Prachan

Padang Besar – Padang Besar (Thai)

Kedah

Antara pintu lintasan sempadan ke Thailand dari Kedah :

• Bukit Kayu Hitam – Sadao

Durian Burung – Ban Prakob

Kelantan

Antara pintu lintasan sempadan ke Thailand dari Kelantan :

• Bukit Bunga – Buketa

• Pengkalan Kubor – Tak Bai

Rantau Panjang – Sungai Golok

Pengangkutan di Hatyai

Bas

Anda boleh guna perkhidmatan kami untuk naik bas dari KL – Hatyai. Pengangkutan sepanjang trip juga menggunakan bas persiaran premium.

Grab

Anda boleh gunakan Grab untuk book teksi sebagai medium pengangkutan di Hatyai – Songkhla.

Tuk Tuk

Anda boleh gunakan Tuk Tuk untuk book minibus / van sebagai medium pengangkutan di Hatyai – Songkhla. Harganya bergantung jarak dan jumlah penumpang.

Kenderaan Sendiri

Anda boleh bawa kenderaan peribadi ke Hatyai menerusi mana-mana pintu sempadan Malaysia-Thailand dan perlu sediakan dokumen ini :

  • Passport
  • Salinan Geran Kenderaan
  • Insurans Kenderaan

Anda juga perlu melalui beberapa proses antaranya :

  • Pemeriksaan Kastam
  • Pemeriksaan Imigresen
  • Pemeriksaan Insurans

Shopping di Hatyai

Mata Wang

Mata wang utama di Thailand adalah Thai Baht (THB) dengan kadar tukaran THB 770 = RM100 setakat Januari 2025.

Mesin ATM

Mesin ATM di Hatyai mudah ditemui di kawasan bandar, termasuk pusat membeli-belah, stesen kereta api, pasar malam, dan sekitar hotel utama.

Kebanyakan mesin ATM di Hatyai menerima kad antarabangsa seperti Visa, Mastercard, dan UnionPay.

Terdapat caj pengeluaran tambahan, biasanya sekitar 200 baht bagi setiap transaksi, bergantung kepada bank anda.

Mesin ATM dari bank terkenal adalah Bangkok Bank, Krungsri, dan Kasikorn Bank.

Tempat Shopping

Antara tempat shopping di Hatyai adalah Central Festival Hatyai, Kim Yong Market, ASEAN Night Bazaar dan Greenway Night Market.

Cara Pembayaran

Anda boleh gunakan kad atau scan QR untuk buat pembayaran di pusat beli belah, restoran, kafe, hotel dan tempat utama.

Majoriti restoran, warung dan kiosk mengutamakan pembayaran dalam bentuk tunai. Anda boleh bayar menggunakan Thai Baht atau Ringgit Malaysia.

Scroll to Top