harga makanan di hatyai

Harga Makanan di Hatyai Halal : Tips dan Restoran Terbaik

Ada banyak persepsi yang mengatakan harga makanan di Hatyai sudah tidak semurah dulu dan harga makanan di Hatyai sebenarnya dah mahal. Secara tepatnya, zaman sebelum PKP yaqni sebelum tahun 2020.

Tidak sedikit orang yang melihat harga makanan yang murah di Hatyai sudah tidak relevan lagi. Sejauh manakah kebenaran ini? Jika kita lihat pada harga makanan di Malaysia pun sudah meningkat berkali-kali dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2020.

harga makanan di hatyai

Tim Pakej Hatyai telah membuat kajian di Hatyai untuk lihat punca harga makanan semakin mahal, sekaligus memberikan kompilasi tip untuk dapat makanan yang murah di Hatyai beserta senarai restoran halal di Hatyai.

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis sebelum trip ke Hatyai anda!

Baca : 24 Tips Untuk Anda Melancong ke Hatyai

Adakah Harga Makanan di Hatyai Semakin Mahal?

Jika kita buat perbandingan kasar, jawapannya adalah, ya. Harga makanan di Hatyai semakin mahal dan perkara ini turut diakui peniaga di Hatyai, Songkhla dan agensi pelancongan lain yang membawa rakyat Malaysia melancong ke Hatyai.

Ada dua faktor utama yang menyebabkan harga makanan di Hatyai dilihat semakin mahal oleh rakyat Malaysia.

harga makanan di hatyai

i. Kesan Tukaran Mata Wang

Untuk pengetahuan anda, nilai Ringgit Malaysia (RM) telah menurun dan melemah berbanding Thai Baht (THB) yang semakin kukuh dalam tempoh 5 tahun.

Ada banyak restoran di Hatyai yang sebenarnya mengekalkan harga makanan mereka, akan tetapi dilihat mahal oleh rakyat Malaysia ekoran tukaran mata wang.

ii. Harga Pelancong vs Harga Lokal

Sesetengah restoran, warung dan kiosk secara langsung akan mengambil kesempatan dengan mengenakan harga lebih tinggi kepada pelancong khususnya dari Malaysia berbanding penduduk lokal tempatan.

Ini dibuktikan dengan harga menu makanan dengan tulisan Thai lebih murah berbanding menu makanan dengan tulisan English / Melayu.

Baca : 15 Makanan Halal di Hatyai Yang Sedap & Murah

Salah Faham Harga Makanan di Hatyai

Selepas tim Pakej Hatyai membuat selidik dalam beberapa trip ke Hatyai, kami dapat rumuskan ada 3 salah faham yang berlaku berkaitan harga makanan di Hatyai.

harga makanan di hatyai

1. Keliru Harga Dalam Thai Baht

Bukan semua rakyat Malaysia terbiasa dengan tukaran mata wang asing khususnya Thai Baht. Tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu membuat congakan tepat pada percubaan pertama.

Kesannya, mereka tersilap bayar atau terlebih bayar lebih daripada harga yang sepatutnya.

2. Makanan Halal Lebih Mahal

Untuk info, restoran makanan halal di Hatyai lazimnya lebih mahal berbanding restoran biasa kerana bahan mentah halal agak sukar untuk diperolehi di sesetengah kawasan.

Ini menyebabkan ada restoran makanan halal di Hatyai mengenakan caj yang lebih mahal selain daripada faktor tidak banyak restoran makanan halal di sekitar kawasan itu dalam radius 2KM – 3KM.

3. Harga Tidak Tetap di Pasar Malam

Percaya atau tidak, majoriti penjaja dan peniaga di pasar malam di Hatyai sebenarnya meletakkan harga sesuka hati bergantung kepada jenis pelanggan mereka.

Anda boleh buat perbandingan harga pada hari biasa vs hari minggu dan pada pelancong vs warga lokal.

Tips Cari Makanan Halal di Hatyai

Untuk mencari makanan halal di Hatyai pada harga yang berpatutan, kami kongsikan 4 tips yang berdasarkan pengalaman kami sejak tahun 2015 membawa rakyat Malaysia melancong ke Hatyai.

harga makanan di hatyai

1. Elak Kawasan Pelancong

Pertama sekali, elaklah beli makanan di kawasan tumpuan pelancong. Sebaliknya, beli makanan halal di mana orang lokal Hatyai & Songkhla beli. Untuk dapat info itu, anda perlu tanya orang lokal!

2. Cari Tulisan Thai

Jika menu makanan adalah dalam bahasa English / Melayu, ada kemungkinan harga makanan di situ lebih mahal kerana peniaga dan penjaja menyasarkan pembeli dari kalangan pelancong. Belilah di kedai Muslim-Thai yang menggunakan menu tulisan Thai.

3. Semak Google Review

Hari ini, anda boleh gunakan Google Review untuk semak review dari pembeli yang pernah experience makan di restoran, warung atau kiosk itu.

Semak tentang fasiliti, parkir, waktu operasi, harga, kebersihan, layanan dan lain-lain berdasarkan keperluan anda.

Baca : 15 Tempat Menarik di Hatyai Anda Wajib Pergi! (2025)

Restoran Halal & Harga Makanan di Hatyai

harga makanan di hatyai

1. Sathaneekhongroy Hatyai Halal 

Sathaneekhongroy (terkenal dengan suasana tradisional dan makanan Thai yang menyelerakan. Tempat ini menjadi pilihan kerana ia jauh dari tumpuan pelancong dan harga menepati bajet pelancong Malaysia. Tom Yam di sini terkenal kerana kuahnya pekat dan kaya dengan pelbagai rasa.

  • Menu & Harga: Masakan Thai asli. Harga bermula dari THB50 (sekitar RM6)
  • Alamat: ซ 41/5 Khuansanti 6 Alley, Khuan Lang, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Rabu (4pm – 11.30PM)

2. Na’lanta Cafe & Plaphao

Na’lanta Cafe & Plaphao (ณ ลันตาคาเฟ่ & ปลาเผา) menggabungkan konsep kafe & tempat makan santai dengan menu ikan bakar sebagai daya tarikan utama. Terdapat menu kopi dan teh ais Thai yang popular.

  • Menu & Harga: Menu utama ikan bakar. Harga dari THB60 (RM7)
  • Alamat: 289 Leabklongrabainam R. 1 Alley, Khuan Lang, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari (11AM – 11PM)

3. Kak Sah Muslim Kitchen

Kak Sah Muslim Kitchen (ครัวมุสลิมกะซะห์ สาขา 3) adalah tempat orang lokal Hatyai-Songkhla sarapan & lunch. Ada banyak pilihan lauk campur dengan cara masakan lokal pada harga murah.

  • Menu & Harga: Nasi campur dengan pilihan lauk dari THB40 (RM5)
  • Alamat: Lamaisongkrew Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari (9AM – 8PM)

4. Marada Cafe

Marada Cafe (มาราดา คาเฟ่ แอนด์ เรสตัวรองท์) menggabungkan citarasa Thai dan Jepun, menawarkan makanan seperti ramen dan sushi. Dengan suasana moden dan dekorasi menarik, Marada Cafe sangat sesuai bagi mereka yang gemarkan pengalaman yang lebih eksklusif.

  • Menu & Harga: Hidangan Thai & Jepun. Harga dari THB80 (RM10)
  • Alamat: Rattakarn Soi 11 Rd, Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari (10AM – 10PM)

5. Bangbao Halal Food

Bangbao Halal Food (ร้านอาหารบังบ่าว (ฮาลาลฟู้ด)) terkenal dengan masakan Melayu & Thai. Selain hidangan nasi dan lauk, restoran ini juga menawarkan hidangan panas seperti sup ekor dan teh tarik.

  • Menu & Harga: Masakan Melayu – Thai. Harga dari THB50 (RM6)
  • Alamat: Montri 1 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari (7AM – 12AM)

Kesimpulannya, dapatlah kita bersetuju bersama yang memang ada kenaikan pada harga makanan di Hatyai selepas COVID-19 melanda seluruh dunia dan kenaikan harga makanan ini turut berlaku di negara kita.

Apa yang pasti, jika anda ingin melancong ke Hatyai tanpa risaukan harga makanan di Hatyai, anda boleh join group tour kami menerusi Pakej Hatyai 4H2M ALL-IN dengan pelepasan setiap bulan. Klik sini untuk booking!

Scroll to Top