Untuk pengetahuan anda, Hatyai merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di kalangan rakyat Malaysia untuk shopping, foodhunting dan sightseeing sejak tahun 1960-an lagi. Akan tetapi, ada banyak salah faham rakyat Malaysia bila ke Hatyai khususnya buat first-timer yang melancong ke Hatyai.
Apa yang menyedihkan, ramai rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dengan pengalaman yang kurang baik kerana jangkaan dan realiti di Hatyai tidak selari. Kami tidak mahu anda hadapi masalah yang sama selepas pulang dari trip ke Hatyai.
Disebabkan itu, kami kumpulkan kompilasi salah faham ini supaya anda dapat gambaran dan realiti sebenar sebelum mengambil keputusan untuk melancong ke Hatyai samada secara solo, bersama pasangan mahupun bersama keluarga anda.
Salah Faham Rakyat Malaysia Bila Ke Hatyai
1. Hatyai Bukan Bandar Pantai
Ramai rakyat Malaysia beranggapan Hatyai terletak berdekatan dengan laut seperti Phuket dan Krabi. Hakikatnya, tidak. Hatyai merupakan bandar komersial seperti Kuala Lumpur dan terkenal sebagai tempat shopping, foodhunting dan experience urutan Thai.
Andai kata anda ingin experience pantai dan laut, anda perlu mengambil masa 50 minit memandu ke Songkhla, sebuah bandar berdekatan pantai yang paling hampir dengan Hatyai.
Baca : Sejarah & Info Terkini Tentang Hatyai (LENGKAP)
2. Pasar Dibuka Sangat Awal
Jika anda ingin shopping di Hatyai khususnya di kawasan pasar, anda boleh pergi seawal 4AM – 5AM kerana pasar seperti Kim Yong market dibuka awal dan tutup sekitar 9AM.
Experience pergi ke pasar pada waktu awal pagi di Thailand sangat unik dan berbeza. Anda juga ada lebih banyak masa untuk tawar menawar dengan peniaga dan penjaja di Hatyai.
Baca : Review Jujur : 12 Tempat Shopping di Hatyai 2025 (LENGKAP)
3. Dinding Hotel Nipis & Berhantu
Jika anda menginap di hotel sekitar pusat bandar Hatyai, anda akan dapati dinding hotel adalah nipis dan kurang privasi sewaktu anda tidur di sana.
Selain itu, majoriti hotel lama di pusat bandar Hatyai beroperasi di bangunan lama yang kotor dan banyak laporan mengatakan hotel itu berhantu dan menganggu penginap hotel khususnya hotel bajet.
Baca : 10 Hotel Menarik di Hatyai Bawah RM200!
4. Caj Urutan Tak Tetap
Harga untuk servis urut kaki dan badan sebenarnya bergantung kepada mood pemilik kedai, hari, masa dan jumlah pelanggan yang urut di kedai mereka.
Ada kedai akan mengenakan caj urutan yang lebih mahal sewaktu mereka dapati anda adalah pelancong dari Malaysia. Apa yang anda perlu buat, berunding dengan baik sebelum bersetuju sebelum menggunakan servis urutan mereka.
5. Makanan Halal Ada, Tapi Tak Banyak
Demografi Muslim di Hatyai sebenarnya bukanlah majoriti. Maka, ada banyak restoran tidak halal di Hatyai. Memang ada banyak restoran halal di Hatyai tetapi sangat bergantung kepada lokasi.
Lazimmya, restoran halal di Hatyai berada sekitar pusat bandar Hatyai dan kawasan sekitar masjid di Hatyai & Songkhla.
Baca : 15 Makanan Halal di Hatyai Yang Sedap & Murah
6. Harga Tuk Tuk Mahal
Harga Tuk Tuk di Hatyai bergantung kepada jarak destinasi dan jumlah penumpang. Untuk orang Thai sendiri pun harga Tuk Tuk boleh dikatakan mahal, apatah lagi untuk pelancong.
Maka, jika anda ingin experience Tuk Tuk, pastikan jumlah penumpang adalah maksimum dan dapatkan harga akhir selepas berunding dengan harga yang anda setuju.
7. Soket Elektrik Sama Dengan Malaysia
Anda tak perlu bawa travel adapter bila melancong ke Hatyai kerana, Thailand menggunakan soket Jenis A, B dan C.
Akan tetapi, kebanyakan hotel dan Airbnb di Hatyai mempunyai soket universal di bilik hotel yang berfungsi dengan plug 3-pin sama seperti di Malaysia juga.
Baca : Pengalaman Bercuti ke Hatyai 3H2M (FULL EXPERIENCE)
8. Tukar Matawang di Hatyai Lebih Murah
Apa yang paling aneh adalah, ada situasi di mana tukaran matawang dari RM ke THB kadangkala, jauh lebih murah di Hatyai berbanding Malaysia mengikut hari dan musim.
Apa yang pasti, elakkanlah membuat pertukaran matawang di lapangan terbang dan hotel kerana kadarnya lebih mahal dan anda akan rugi.
9. Hatyai Tak Semurah Dulu
Dulu, Hatyai adalah destinasi pelancongan yang murah untuk B40 dan M40 experience foodhunting dan shopping di Thailand. Akan tetapi, harga di Hatyai dilaporkan meningkat selepas COVID-19 khususnya untuk hotel, urutan dan makanan popular.
Kawasan yang dulunya dikenali sebagai “sangat murah”, kini tidak lagi wujud. Cara paling tepat adalah dengan explore sendiri dan tanya orang lokal Hatyai tentang tempat murah di Hatyai.
10. Simkad Pelancong Tak Support Hotspot
Satu perkara yang menarik tentang Thailand adalah, mereka mempunyai internet yang laju bahkan lebih laju dari Malaysia. Jika anda merancang untuk bekerja secara remote atau menggunakan hotspot di Hatyai, sila pastikan simkad anda ada fungsi hotspot.
Ada simkad yang tidak membenarkan anda menggunakan fungsi hotspot dengan data yang terhad. Sila tanya sebelum beli apa-apa simkad di sempadan Malaysia-Thailand.
Baca : 24 Info Tentang Melancong ke Hatyai (LENGKAP)
Kesimpulannya, Hatyai tetap kekal sebagai destinasi pelancongan bajet yang mesra poket untuk majoriti rakyat Malaysia. Akan tetapi, salah faham rakyat Malaysia bila ke Hatyai punca ramai orang mengatakan “Hatyai tidak best”. Maka, anda perlu tahu realiti sebenar di Hatyai supaya anda mampu rancang trip ke Hatyai dengan baik dan mendapat experience sebenar selesai melancong ke Hatyai kelak.