trip ke hatyai

Tips dan Strategi Lengkap Untuk Trip ke Hatyai (2025)

Adakah anda sedang merancang trip ke Hatyai? Jika ya, pasti ada banyak persoalan yang anda fikirkan seperti pengangkutan ke Hatyai, aktiviti menarik di Hatyai, hotel di Hatyai, makanan halal di Hatyai dan pengangkutan di Hatyai.

Kami faham dilema dan persoalan yang anda hadapi dengan pelbagai informasi yang anda terima, sudah pasti agak sukar untuk anda tapis maklumat yang tepat dan sesuai dengan anda.

Untuk pengetahuan anda, Hatyai merupakan destinasi pelancongan luar negara yang popular di kalangan rakyat Malaysia untuk hujung minggu dan cuti sekolah dengan modal di antara RM500 – RM1,500 sahaja!

Dalam artikel ini, kami kongsikan kompilasi tips dan strategi untuk trip ke Hatyai, berdasarkan pengalaman seorang solo traveler dari Malaysia iaitu Syed Omar Al Attas menerusi blog beliau.

Baca : Sejarah & Info Terkini Tentang Hatyai (LENGKAP)

trip ke hatyai

Baca artikel ini sampai habis supaya anda dapat gambaran sebenar dan tahu segala tips & strategi untuk melancong ke Hatyai.

Baca : 24 Tips Untuk Anda Melancong ke Hatyai

Dalam artikel ini, kami akan bongkarkan tips & strategi merangkumi pengangkutan ke Hatyai, tempat menarik di Hatyai, tips hotel di Hatyai, makanan halal di Hatyai dan tips naik Tuk Tuk di Hatyai.

Pengangkutan ke Hatyai

1. Naik Keretapi

Anda boleh pilih untuk mengambil ETS dari KL Sentral ke Padang Besar dan tukar ke keretapi Thailand untuk sampai ke Hatyai. Ini pilihan popular bagi yang nak jimat kos dan enjoy pemandangan sepanjang jalan. Harga tiket dalam RM80-RM100 seorang, one-way. Kalau nak betul-betul feel adventure, cubalah trip ke Hatyai naik train!

trip ke hatyai

Selain itu, anda boleh juga menggunakan perkhidmatan My Sawasdee KL Sentral – Hatyai serendah RM95/sehala. Detail harga adalah seperti di bawah :

  • KL Sentral – Hatyai: RM119 (lower berth)
  • Hatyai – KL Sentral: RM109 (upper berth)

trip ke hatyai

Nota : Urusan Imigresen di Padang Besar akan mengambil masa 2 jam. Masa perjalanan adalah 11 jam.

2. Naik Bas

Anda boleh pilih untuk naik bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), KL Sentral atau Butterworth jika inginkan medium pengangkutan yang lebih menjimatkan. Harga tiket adalah sekitar RM60-RM70 sehala.

trip ke hatyai

Perjalanan dari Kuala Lumpur – Hatyai lazimnya mengambil masa di antara 8 jam – 12 jam bergantung kepada trafik.

3. Bawa Kenderaan Peribadi

Anda boleh bawa kenderaan peribadi seperti motorsikal, kereta atau van dan pandu sendiri kenderaan sehingga ke Hatyai mengikut senarai pintu sempadan Malaysia – Thailand yang paling hampir dengan anda.

Anda boleh bawa kenderaan peribadi ke Hatyai menerusi mana-mana pintu sempadan Malaysia-Thailand dan perlu sediakan dokumen ini :

  • Passport
  • Insurans Kenderaan
  • Salinan Geran Kenderaan

Anda juga perlu melalui beberapa proses antaranya :

  • Pemeriksaan Kastam
  • Pemeriksaan Imigresen
  • Pemeriksaan Insurans

4. Naik Flight

Antara alternatif yang paling cepat dan mudah adalah dengan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Hatyai. Untuk info, Hatyai mempunyai lapangan terbang yang dinamakan Hat Yai International Airport (HDY).

Anda boleh pilih untuk menaiki flight menerusi Thai AirAsia dan Batik Air yang beroperasi setiap hari dengan pelepasan di antara jam 11.35AM ke 6.20PM.

Harga tiket flight adalah bergantung kepada tarikh dan musim dan lazimnya berharga di antara RM150 – RM300 (return).

Tempat Menarik di Hatyai

Untuk info, sebenarnya ada banyak tempat menarik di Hatyai yang anda boleh explore sendiri sepanjang trip ke Hatyai, akan tetapi kami hanya senaraikan 4 sahaja dalam artikel ini.

1. Khlong Hae Floating Market

Khlong Hae Floating Market adalah hasil inspirasi dari Damnoen Saduak Floating Market, sebuah pasar terapung di Bangkok yang wujud sejak tahun 1866 dan menjadi sumber ekonomi di selatan Bangkok selama 150 tahun sehingga kini.

trip ke hatyai
Imej : Damnoen Saduak Floating Market

Khlong Hae Floating Market merupakan tempat menarik di Hatyai yang anda wajib lawati kerana di sini, anda akan experience pelbagai makanan Muslim-Thai, sesuai untuk sesi foodhunting pertama anda.

trip ke hatyai

Antara makanan saranan kami untuk foodhunting di sini adalah :

  • Jus Buluh
  • Laksa Siam
  • Roti Sai Mai
  • Kebab Thai
  • Pulut Ayam
  • Telur Puyuh
  • Kerabu Maggi
  • Ais Krim Kelapa
  • Khanom Mo Kaeng

trip ke hatyai

Di sini juga terdapat masjid untuk anda solat jamak atau berehat yang dinamakan Ansoruddin Mosque Khlong Hae.

2. ASEAN Night Bazaar

 

ASEAN Night Bazaar dibina sekitar tahun 1990-an sebagai pusat komersial yang menggabungkan produk tradisional Thailand seperti kraftangan, pakaian, makanan dan produk moden untuk membangunkan wilayah Hatyai.

trip ke hatyai

Sehingga kini, ASEAN Night Bazaar kekal menjadi syurga utama untuk ramai pelancong dan warga lokal untuk shopping pada harga murah dengan konsep tawar-menawar dengan peniaga dan penjaja di sini.

Selain itu, ASEAN Night Bazaar juga menempatkan foodcourt yang mempunyai pelbagai makanan halal Thai-Muslim pada harga yang ‘boleh dikatakan murah’.

3. The Central Mosque of Songkhla

Sejak ratusan tahun lagi, komuniti Thai-Melayu menganut agama Islam sama seperti kita di Malaysia dan mereka turut mempunyai masjid utama yang ikonik dengan senibina dan landskap.

trip ke hatyai

Masjid Songkhla atau Central Mosque of Songkhla siap dibina pada tahun 2001 dan menjadi masjid utama untuk pasangan dari Malaysia yang ingin berkahwin di Thailand dan juga rombongan konvoi dari Malaysia untuk berehat dan solat jamak.

Apa yang menarik adalah, anda dapat experience perkampungan Muslim-Thai di sekitar masjid dan terdapat banyak restoran Muslim-Thai di sekitar masjid tersebut antaranya SeaVerse Restaurant & Cafe dengan jarak 1.3KM dari masjid.

4. Central Hatyai

Central Hatyai turut dikenali sebagai Central Festival Hatyai, adalah pusat beli belah utama di wilayah Hatyai-Songkhla dengan keluasan 90,000 meter persegi, hampir sama besar dengan Sunway Piramid Shopping Mall !

trip ke hatyai

Baca : 9 Barang Anda Wajib Beli di Boots Hatyai, Thailand!

Di sini, anda boleh shopping pelbagai barangan dan jenama yang cuma ada di Thailand seperti Boots, pusat refleksologi, kafe, restoran, pakaian, cenderahati, makanan halal, menonton wayang dan lain-lain.

Majoriti kafe, restoran lima bintang dan hotel mewah di Hatyai terletak dalam radius 1KM – 2KM dari Central Hatyai.

Baca : 15 Tempat Menarik di Hatyai Anda Wajib Pergi! (2025)

Tips Hotel di Hatyai

Hotel & Homestay Murah

Dalam pemilihan hotel & homestay yang murah, pelancong lazimnya akan mengabaikan soal fasiliti & keselesaan demi mendapatkan hotel & homestay pada jarak walking distance dengan tumpuan di Hatyai.

trip ke hatyai

Antara hotel & homestay murah yang anda boleh book adalah :

Baca : 10 Hotel Menarik di Hatyai Bawah RM200!

Hotel & Homestay Selesa & Besar 

Untuk hotel & homestay selesa & besar, pelancong lazimnya mengabaikan soal jarak dan lazimnya inginkan hotel dengan parkir yang luas, fasiliti, restoran dan berdekatan dengan akses ke jalan utama.

Antara hotel & homestay selesa & besar yang anda boleh book adalah :

Makanan Halal di Hatyai

Untuk pengetahuan anda, demografi dan populasi di Hatyai adalah 50% Thai-Buddhist dan 50% Thai-Muslim. Oleh yang demikian, adalah normal untuk anda jumpa restoran, warung dan kiosk NON-HALAL bersebelahan dengan HALAL.

Hal ini kerana, Hatyai turut menerima pelancong non-Muslim bukan sahaja dari Malaysia dan Thailand sendiri, bahkan dari Singapura, Indonesia dan China.

trip ke hatyai

Cara untuk mengenal pasti restoran, warung dan kiosk makanan halal di Hatyai adalah :

  • Logo HALAL digantung.
  • Peniaga Muslim (memakai tudung/kopiah)
  • Peniaga mampu berbahasa Melayu dialek Kelantan.
  • Penggunaan nama Muslim seperti ; Tamrab, Hamid, Rahman, Khalid & Mariam.

Baca : 15 Makanan Halal di Hatyai Yang Sedap & Murah

Selain itu, jika anda makan di foodcourt di Hatyai atau Songkhla, kemudahan sudu garfu dan chopstick lazimnya akan dilabelkan untuk Buddhist dan Muslim. Sebagai Muslim, anda ambil sudu garfu dan chopstick dengan label Muslim sahaja.

trip ke hatyai

Antara restoran makanan halal di Hatyai yang popular adalah :

Baca : Harga Makanan di Hatyai Halal : Tips dan Restoran Terbaik

Pro Tips : Cari restoran halal dengan signboard tulisan Thai. Lazimnya lebih murah & menjadi pilihan orang lokal.

Experience Tuk Tuk di Hatyai

Salah satu experience yang anda tak boleh lepaskan sepanjang trip ke Hatyai adalah naik Tuk Tuk sebagai medium pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat.

“Tahukah anda, Tuk Tuk di Hatyai adalah medium pengangkutan yang digunakan sejak tahun 1950-an sebagai alternatif kepada teksi yang lebih murah, cepat dan mudah.”

 

trip ke hatyai

Akan tetapi, perlu anda tahu yang caj tambang Tuk Tuk sebenarnya lebih mahal berbanding anda menggunakan Grab untuk bergerak di sekitar Hatyai dan Songkhla.

Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan aplikasi Grab untuk book GrabCar dan GrabBike tanpa perlu install aplikasi Grab versi Thailand dan sebagainya. Anda boleh terus guna aplikasi Grab bukan sahaja di Hatyai tetapi di 8 negara termasuk Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Myanmar dan Kemboja.

Tips pertama untuk menaiki Tuk Tuk adalah, anda wajib tanya harga per kepala dan jarak tempat yang anda ingin pergi. Jangan sesekali menerjah naik dan hanya memberitahu destinasi, sebelum anda dapatkan harga akhir dari pemandu Tuk Tuk.

trip ke hatyai

Tips kedua adalah, anda perlu gunakan servis Tuk Tuk untuk group yang ramai kerana harganya lebih murah di antara THB 20 – THB 50 (RM3 – RM7) seorang bergantung pada jarak. Harga adalah lebih mahal jika anda naik seorang diri atau berpasangan.

Tuk Tuk adalah medium pengangkutan jarak dekat dan cuma sesuai digunakan sekitar bandar Hatyai dengan jarak 5 kilometer – 15 kilometer sahaja.

Jika anda menginap di Hatyai dan ingin pergi ke Samila Beach di Songkhla, sebaiknya anda menggunakan Grab kerana jaraknya adalah sekitar 30 kilometer – 40 kilometer.

Kesimpulannya, Hatyai adalah destinasi pelancongan ‘oversea’ yang paling dekat, murah dan mudah untuk anda rancang samada di waktu cuti sekolah atau pada cuti hujung minggu berdasarkan tips trip ke Hatyai di atas.

trip ke hatyai

Jika anda ingin melancong ke Hatyai selama 4 hari 2 malam menaiki bas premium termasuk hotel 3 star dan lawatan tempat menarik seperti di atas, anda boleh book Pakej Hatyai 4H2M 2025 kami! Kami ada pelepasan tarikh setiap bulan. Booking hanya RM100 untuk sepanjang tahun

Scroll to Top