Tahukah anda, antara cara paling cepat dan mudah untuk melancong ke Hatyai adalah dengan menaiki bas ke Hatyai dari KL Sentral? Ramai beranggapaan cara ini memenatkan, leceh dan tak praktikal, hakikatnya, naik bas ke Hatyai adalah cara paling mudah dan kurang memenatkan berbanding menaiki ETS atau flight ke Hatyai!
Sejak tahun 1960-an lagi, rakyat Malaysia telah melancong ke Thailand khususnya Hatyai untuk foodhunting, experience urutan Thai, shopping dan sightseeing.
Dalam artikel ini, kami akan bongkarkan segala-galanya tentang naik bas ke Hatyai berdasarkan pengalaman kami menguruskan lebih 20,000 rakyat Malaysia melancong ke Hatyai. Dari jenis bas, pakej menarik, sehinggalah aktiviti menarik di Hatyai yang boleh experience saat trip anda.
Jenis Bas Ke Hatyai
Untuk info, ada pelbagai jenis bas yang anda boleh pilih. Kami kecilkan pilihan anda kepada dua jenis bas sahaja yaqni bas biasa dan bas VIP. Baca detail di bawah.
Bas Biasa
Bas biasa dari KL ke Hatyai biasanya merupakan bas ekspres standard dengan tempat duduk 2+2. Sesuai untuk anda yang nak melancong ke Hatyai dalam keadaan lebih jimat.
- Jenis : 2+2
- Harga lebih murah (RM369)
- Ada banyak trip mingguan
- Sesuai untuk solo traveller atau backpacker
Bas VIP
Bas VIP lebih selesa, tempat duduk 2+1, dan ada ruang kaki yang lebih luas. Sesuai untuk honeymoon atau keluarga.
- Jenis : 2+1
- Harga sedikit mahal (RM429)
- Ada bantal, selimut & charger USB
- Tidak terlalu ramai penumpang dalam satu trip
Pakej Hatyai Naik Bas
Hotel 3 Star
Kebanyakan pakej bas ke Hatyai sudah termasuk penginapan hotel 3 bintang 5 minit dari bandar Hatyai. Lokasi strategik, berhampiran 7-11 Thailand dan restoran halal Muslim-Thai.
Contoh hotel : Clove Hotel, Friendlytel Hotel, VL Hotel, Hatyai. Selain itu, ada hotel yang menawarkan room decoration & candlelight dinner untuk honeymoon jika ditempah lebih awal.
Baca : 10 Hotel Menarik di Hatyai Bawah RM200!
Tour Guide Malaysian
Pakej yang bagus biasanya disertakan tour guide dari Malaysia. Ini penting supaya anda tidak tersesat, faham budaya tempatan dan tahu lokasi restoran halal. Ini kepentingan tour guide Malaysian :
- Menguruskan kebajikan anda.
- Faham bahasa dan budaya lokal Thai.
- Bantu urusan imigresen & tukaran wang.
- Pastikan makanan halal & urusan tawar menawar.
Foodhunting Halal di Hatyai
Antara highlight utama di Hatyai adalah foodhunting. Tour guide kami akan bawa anda ke restoran halal di Hatyai yang rare dan sedap.
Anda boleh experience steamboat Thai, aiskrim Thai dan streetfood di Khlong Hae Market. Antara tempat foodhunting kami akan bawa :
- Central Hatyai
- Lee Garden Plaza
- Khlong Hae Market
- SeaVerse Restaurant & Cafe
Baca : 15 Makanan Halal di Hatyai Yang Sedap & Murah
Shopping Murah di Hatyai
Tak lengkap kalau melancong ke Hatyai tanpa shopping! Dalam pakej ini, anda akan dibawa untuk shopping ke :
- Nora Plaza
- 7-11 Thailand
- Kilang Kacang
- Beefarm, Hatyai
- Erawadee, Hatyai
- Kim Yong Market
- Lee Gardens Plaza
- ASEAN Night Bazaar
- Greenway Night Market
Baca : 15 Tempat Menarik di Hatyai Anda Wajib Pergi! (2025)
Tempat Menarik di Hatyai
Central Hatyai
Pusat bandar Hatyai adalah nadi utama aktiviti pelancongan dan beli-belah. Central Hatyai terkenal dengan deretan hotel, restoran halal, kedai urut, kedai cenderamata dan akses mudah ke stesen tuktuk. Anda boleh berjalan kaki ke kebanyakan tempat menarik di sini. Ia juga menjadi kawasan paling selamat dan paling mudah untuk Muslim travellers.
Samila Beach
Terletak kira-kira 40 minit dari pusat Hatyai, Samila Beach ialah pantai terkenal di Songkhla dengan pasir putih yang bersih dan patung duyung ikonik. Pantai ini sangat sesuai untuk sesi fotografi, berkelah, atau hanya berjalan santai sambil menikmati angin laut. Anda juga boleh naik kuda di tepi pantai atau mencuba makanan laut segar yang dijual oleh peniaga tempatan.
ASEAN Night Bazaar
Pasar malam dua tingkat ini adalah syurga bagi kaki shopping dan food hunter. Di tingkat bawah, anda akan temui ratusan gerai menjual baju, beg, aksesori, dan cenderamata pada harga murah. Tingkat atas pula penuh dengan pelbagai jenis makanan, termasuk pilihan halal. Suasana meriah dengan lampu neon dan muzik menjadikan pengalaman membeli-belah lebih seronok.
Masjid Songkhla
Masjid Negeri Songkhla ini antara mercu tanda utama Islam di Selatan Thailand. Dengan seni bina moden bercirikan Timur Tengah dan kolam reflektif yang luas di hadapan masjid, tempat ini menjadi spot fotografi yang sangat popular. Ramai pelancong Muslim datang ke sini untuk solat, berehat atau mengambil gambar kenangan.
Khlong Hae Market
Floating market ini antara yang paling popular di Thailand. Menariknya, ia adalah antara pasar terapung yang menyokong makanan halal. Anda boleh lihat peniaga menjual makanan terus dari sampan mereka, satu pengalaman yang sukar ditemui di tempat lain. Antara makanan terkenal di sini ialah sate Thai, kerabu mangga, mi celup dan teh ais Thai.
Kim Yong Market
Pasar ini dikenali sebagai ‘syurga kerepek’ oleh pelancong Malaysia. Di sini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis produk tempatan seperti makanan kering, buah-buahan, teh, kopi, kosmetik dan pakaian pada harga borong. Jangan lupa tawar-menawar untuk dapatkan harga terbaik!
“Makanan murah, tempat menarik, vibe santai—itulah definisi sebenar bercuti di Hatyai.”
Aktiviti Menarik di Hatyai
Foodhunting di Hatyai
Foodhunting di Hatyai adalah satu aktiviti wajib. Setiap sudut bandar ini ada sesuatu yang menarik untuk dicuba. Dari nasi kerabu versi Thai, satay lembut, pulut mangga, teh ais Thai, hingga ke roti pisang dan pancake viral—semuanya sedap dan berbaloi. Kebanyakan peniaga sangat mesra dan tahu sedikit Bahasa Melayu, jadi mudah untuk bertanya status halal.
Baca : Harga Makanan di Hatyai Halal : Tips dan Restoran Terbaik
Shopping di Hatyai
Tak kira anda peminat shopping tegar atau sekadar cuci mata, Hatyai memang tempat yang sesuai. Barangan seperti telekung, jubah, baju kasual, beg, aksesori dan kosmetik boleh didapati pada harga murah. ASEAN Night Bazaar dan Kim Yong Market ialah dua tempat paling terkenal untuk dapatkan barangan ini. Sediakan ruang bagasi tambahan ya!
Baca : 9 Barang Anda Wajib Beli di Boots Hatyai, Thailand!
Sightseeing di Hatyai
Pemandangan di sekitar Hatyai memang cantik dan berbeza dari bandar biasa. Anda boleh naik cable car untuk melihat pemandangan seluruh bandar dari atas Bukit Khao Kho Hong. Jangan lupa singgah di patung Buddha besar dan kuil-kuil terkenal untuk merasai budaya tempatan.
Baca : 5 Aktiviti Menarik di Hatyai Anda Wajib Buat!
Bergambar di Hatyai
Setiap tempat di Hatyai adalah Instagram-worthy. Sama ada anda bergambar di street art, di hadapan patung duyung di Samila Beach, di floating market atau masjid moden Songkhla, semua sudut punya keunikan tersendiri. Pastikan bateri telefon anda penuh dan bawa powerbank!
Experience Urutan Thai
Urutan Thai di Hatyai terkenal kerana tekniknya yang membantu melegakan otot dan tekanan badan. Terdapat banyak spa Muslim-friendly di sekitar bandar dengan harga yang sangat berpatutan. Pilih urutan kaki selepas seharian berjalan atau full body massage untuk rehat sepenuhnya.
Experience 7-11 Thai
7-11 di Thailand jauh berbeza dengan yang ada di Malaysia. Anda boleh dapati pelbagai makanan panas, minuman unik, barangan kecantikan dan snek viral yang tiada di tempat lain. Antara yang wajib cuba ialah sandwic panggang, susu pisang, air aloe vera dan pelbagai snek Thai yang comel.
Nightlife di Hatyai
Nightlife di Hatyai bukan sekadar kelab malam, tetapi juga pasar malam, kafe hipster dan food truck yang buka sampai lewat malam. Anda boleh berjalan-jalan di Lee Garden Walk, menikmati live band di beberapa kafe atau sekadar menikmati ais krim kelapa di tepi jalan.
Baca : Apa Yang Menarik di Hatyai? Ini Ulasan Kami!
Experience Tuktuk
Naik tuktuk pusing bandar Hatyai adalah antara aktiviti paling ikonik. Ia bukan sahaja murah, tetapi juga satu pengalaman budaya. Anda boleh menyewa tuktuk secara eksklusif atau naik secara berkongsi. Pastikan anda tawar-menawar harga dan bincang destinasi terlebih dahulu.
Baca : Pengalaman Bercuti ke Hatyai 3H2M (FULL EXPERIENCE)
“Kalau nak rasa vibe Thailand tanpa poket bocor, Hatyai adalah jawapan paling jujur.”
Pakej Naik Bas ke Hatyai
Banyak travel agent sekarang tawarkan pakej lengkap dari KL Sentral ke Hatyai serendah RM369. Pakej biasanya termasuk:
- Hotel 3 Star
- Bas (KL – Hatyai)
- Insuran Thailand
- Tour Guide Malaysian
- Lawatan Tempat Menarik
- ADD ON : Steamboat & BBQ
Penutup
Naik bas ke Hatyai bukan lagi experience yang leceh, bosan dan menyusahkan. Dengan pakej yang tepat dari kami beserta itinerari yang fleksibel, anda akan puas dengan experience di Hatyai merangkumi foodhunting, sightseeing, bergambar dan shopping makanan & barang berkualiti pada harga yang 3X lebih murah!.