hotel menarik di hatyai

10 Hotel Menarik di Hatyai Bawah RM200!

Dah ada tarikh untuk melancong ke Hatyai, tapi belum jumpa hotel menarik di Hatyai yang sesuai dengan keperluan anda sepanjang trip? Tenang. Ada banyak hotel di Hatyai yang menarik pada harga bawah RM200.

Sejak tahun 1990-an lagi, Hatyai merupakan salah satu destinasi pelancongan cuti sekolah dan hujung minggu yang tidak pernah sunyi dari rakyat Malaysia yang ingin foodhunting, shopping dan healing.

Kami faham dilema yang anda hadapi kerana proses mencari hotel yang strategik, berdekatan dengan hotspot, kedai serbaneka 7-Eleven disamping fasiliti yang baik pun tidak mudah untuk dicari.

Disebabkan itu, kami kumpulkan kompilasi 10 hotel menarik di Hatyai untuk anda jadikan rujukan sebelum melancong ke Hatyai tahun ini.

hotel menarik di hatyai

“Tahukah anda, orang yang rajin ke Hatyai jarang menginap hotel di pusat bandar Hatyai kerana trafik yang sesak, hotel yang kurang selesa, kurang bersih dan hotel yang menarik sebenarnya terletak di luar sedikit dari pusat bandar Hatyai.”

Baca : 24 Tips Untuk Anda Melancong ke Hatyai

Ciri-Ciri Hotel Menarik di Hatyai 

hotel menarik di hatyai

a. Lokasi

Lokasi hotel mestilah terletak berdekatan dengan kedai serbaneka 7-Eleven, restoran Muslim-Thai dan akses untuk Tuk Tuk atau Grab sebagai sumber pengangkutan anda.

b. Fasiliti

Fasiliti asas seperti penghawa dingin, air panas, front desk 24 jam, tempat letak kenderaan, lif, pemanas air dan sebagainya untuk melengkapkan trip ke Hatyai anda.

c. Akses

Hotel ini mesti terletak berhampiran dengan jalan utama atau berdekatan dengan lebuhraya utama untuk anda bergerak ke Songkhla dan sempadan Malaysia – Thailand.

d. Review

Semak review dari orang yang pernah menggunakan perkhidmatan hotel yang anda inginkan untuk mendapatkan gambaran tentang fasiliti, kemudahan dan kualiti kebersihan hotel tersebut.

e. Makan & Minum

Semak jika penginapan tersebut termasuk dengan sarapan yang HALAL kerana tidak semua sarapan adalah HALAL. Semak juga kafe atau restoran yang ada jika anda ingin makan & minum di hotel tersebut.

Baca : Apa Yang Menarik di Hatyai? Ini Ulasan Kami!

1. Siam Mansion

Siam Mansion adalah hotel yang ideal di Hatyai dan terletak 2.2 km dari Central Festival Hatyai. Hotel ini menawarkan WiFi percuma dan tempat letak kenderaan tanpa bayaran. Dengan lokasi strategik, ia terletak berdekatan dengan beberapa tempat menarik seperti Hatyai Clock Tower dan Chue Chang Temple.

hotel menarik di hatyai
Imej : Siam Mansion

Bilik-bilik dilengkapi dengan kemudahan asas di bilik air, dan tuala. Manakala beberapa bilik menawarkan pemandangan bandar di balkoni, sesuai untuk anda yang ingin lihat bandar Hatyai di waktu siang & malam. 

  • Alamat: 233 Prachathipat Road, Hatyai, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Check-in & Check-out: 2pm & 12pm
  • Harga: Bermula dari RM100/satu malam

2. Laiwaii Hotel

Laiwaii Hotel adalah hotel yang sempurna untuk memulakan perjalanan anda di Hatyai. Hotel ini terletak dengan jarak 5 minit berjalan kaki dari Kim Yong Market, salah satu tarikan utama di Hatyai. 

hotel menarik di hatyai
Imej : Laiwaii Hotel

Dengan kemudahan Wi-Fi percuma di semua bilik, Laiwaii Hotel memastikan keselesaan dan kemudahan untuk semua tetamu. Hotel ini menawarkan bilik berhawa dingin yang dilengkapi dengan meja, TV, bilik mandi dengan shower dan barangan mandian percuma. 

Beberapa bilik juga menawarkan pemandangan bandar yang menawan. Anda boleh menikmati ruang berkongsi yang selesa dan teres untuk bersantai selepas seharian meneroka Hatyai. 

Laiwaii Hotel juga berdekatan dengan tarikan popular seperti Chue Chang Temple dan Hatyai Clock Tower, menjadikannya pilihan ideal untuk pengembara.

  • Alamat: 125 ถ.ศุภสารรังสรรค์ ต.หาดใหญ่ Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Check-in & Check-out: 3pm & 11am
  • Harga: Bermula dari RM110/satu malam

3. The Habita Hatyai Hotel

The Habita Hotel merupakan hotel yang terletak di tengah bandar Hatyai dengan jarak 5 minit ke Kim Yong Market, Lee Garden Plaza dan 10 minit menaiki Tuk Tuk ke Florida Night Market. 

hotel menarik di hatyai
Imej : The Habita Hatyai Hotel

Apa yang menarik adalah, hotel ini mempunyai TV, bilik berhawa dingin, ruang bersama dan WiFi percuma dan perkhidmatan front desk 24 jam. 

Bilik-bilik di The Habita Hatyai Hotel ini dilengkapi dengan barangan mandi peribadi yang lengkap dengan bidet dan barangan mandian percuma, sementara beberapa bilik menawarkan pemandangan bandar. 

  • Alamat: 151 Sangsri Rd, Hatyai, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Check-in & Check-out: 2pm & 12pm
  • Harga: Bermula dari RM200/satu malam

4. Casa 33 Hatyai

Casa 33 Hatyai adalah pilihan penginapan yang instagramable di Hatyai, menawarkan banyak spot untuk bergambar dengan latar belakang yang menarik. Terletak 4.6 km dari Central Festival Hatyai.

hotel menarik di hatyai
Imej : Casa 33 Hatyai

Ramai tak tahu yang hotel ini dilengkapi dengan kolam renang di bahagian luar. tempat letak kenderaan percuma, dan restoran. Malangnya, hotel ini tiada fasiliti lif dan anda perlu bersedia untuk ‘heret’ bagasi ke bilik anda di tingkat atas.

Setiap bilik di Casa 33 Hatyai mempunyai bilik mandi dengan bidet dan barangan mandian percuma, serta dilengkapi dengan TV dan penghawa dingin. Beberapa bilik juga menawarkan teres balkoni untuk anda menikmati pemandangan sekeliling sepanjang trip ke Hatyai.

Lokasi hotel ini strategik, dekat dengan beberapa tarikan seperti Wat Khok Samankhun dan Golden Mermaid Statue. Dengan suasana yang segar dan kemudahan yang baik, Casa 33 Hatyai adalah pilihan ideal untuk mereka yang ingin merasai pengalaman menginap yang unik di Hatyai.

  • Alamat: 33 Nipatsongkrew 1 Soi 4 Rd, Tambon Hatyai, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Check-in & Check-out: 2pm & 12pm
  • Harga: Bermula dari RM200/satu malam

5. Southern Airport Hotel 

Hotel 3 star ini merupakan hotel popular di kalangan pelancong dari Malaysia dan Eropah yang inginkan hotel dalam radius 3KM dari lapangan terbang Hatyai dan terdapat perkhidmatan pengangkutan dari hotel-airport setiap hari.

hotel menarik di hatyai
Imej : Southern Airport Hotel

Souther Airport Hotel mempunyai 74 bilik tidur yang sangat bersih dan pelbagai saiz yang 2X lebih luas dari kebanyakan hotel di tengah bandar Hatyai.

Antara kemudahan yang terdapat di hotel ini adalah gymnasium, kolam renang kanak-kanak, kolam renang dewasa, restoran dan dewan serbaguna.

  • Alamat: 2129 หมู่ที่ 6 ถนนสนามบิน ลพบุรีราเมศวร์ Khuan Lang, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Check-in & Check-out: 3pm & 12pm
  • Harga: Bermula dari RM150/satu malam

Baca : 5 Aktiviti Menarik di Hatyai Anda Wajib Buat!

6. Indigo Hotel Hatyai

Indigo Hotel Hatyai adalah hotel 3 bintang yang menawarkan penginapan selesa dengan pelbagai kemudahan. Terletak di lokasi strategik, hotel ini menyediakan ruang santai bersama dan tempat letak kenderaan percuma untuk para tetamu yang memandu dengan front desk yang beroperasi 24 jam, anda akan mendapat layanan yang mesra dan cepat.

hotel menarik di hatyai
Imej : Indigo Hotel Hatyai

Ada sesetengah bilik juga dilengkapi dengan dapur kecil, peti sejuk, dan minibar, memberikan kemudahan tambahan untuk menginap lebih selesa. 

  • Alamat: 598 3 Phet Kasem Rd, Tambon Hatyai, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Check-in & Check-out: 3pm & 11am
  • Harga: Bermula dari RM150/satu malam

7. Mayflower Grande Hotel Hatyai

Mayflower Grande Hotel, Hatyai adalah pilihan penginapan yang strategik! Hotel ini terletak hanya 150 meter atau 2 minit berjalan kaki ke Lee Garden Plaza, Hatyai yang menjadi lokasi shopping dan foodhunting pelancong & warga lokal Thailand.

hotel menarik di hatyai
Imej : Mayflower Grande Hotel

Dari hotel ini, anda boleh rancang perjalanan ke tempat menarik di Hatyai yang lain seperti Kim Yong Market, Florida Night Market, Khlong Hae Floating Market dan Central Festival Hatyai.

Malangnya, anda akan menghadapi kesukaran untuk mencari tempat letak kenderaan di sini dan trafik di sini juga lebih sesak berbanding tempat lain.

  • Alamat: 150 Sangchan Rd, Hatyai, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Check-in & Check-out: 2pm & 12pm
  • Harga: Bermula dari RM150/satu malam

8. Leevana Hotel

Leevana Hotel terletak strategik berhampiran restoran Thai yang halal, menawarkan penginapan yang selesa dengan bilik-bilik yang luas lengkap dengan pengering rambut, minibar, dan kemudahan asas di bilik air. Setiap bilik di hotel mesra keluarga ini dilengkapi dengan penghawa dingin, Wi-Fi percuma. 

hotel menarik di hatyai
Imej : Leevana Hotel

Meskipun lokasi hotel sedikit jauh dari pusat aktiviti utama, Leevana Hotel tetap menjadi pilihan yang solid bagi mereka yang mencari penginapan yang bersih dan selesa. 

Kelebihan lain termasuk akses lif dan kemudahan tempat letak kereta, walaupun semasa waktu puncak, mungkin agak mencabar untuk cari parking. Keseluruhannya, Leevana Hotel adalah pilihan hebat yang anda boleh pertimbangkan untuk kunjungan seterusnya.

  • Alamat: 738 Rajuthit Rd, Tambon Hatyai, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Check-in & Check-out: 2pm & 12pm
  • Harga: Bermula dari RM90/satu malam

9. Bhava Residence

Bhava Residence adalah pilihan hotel yang sangat berpatutan di Hatyai, menawarkan lokasi yang luar biasa berdekatan dengan pusat bandar. Dengan hanya berjalan kaki lima minit, anda boleh mengunjungi Central Festival Hatyai dan Makro, serta pelbagai kedai serbaneka 7-Eleven dan restoran Muslim-Thai berdekatan.

hotel menarik di hatyai
Imej : Bhava Residence

Hotel ini menyediakan kemudahan seperti peti sejuk besar, pengering rambut, microwave, dan mesin kopi, menjadikan pengalaman penginapan anda lebih selesa. Tambahan pula, semua snek di dalam bilik adalah percuma! Dengan Wi-Fi percuma dan perkhidmatan dobi yang mudah, Bhava Residence menjamin kemudahan kepada para tetamu.

Keselamatan juga diutamakan, dengan tempat letak kereta dalam bangunan dan pengawal yang bertugas 24 jam. Interior hotel yang cantik dan kakitangan yang ramah menambah daya tarik penginapan ini. Untuk pengalaman dan harga yang berpatutan, Bhava Residence adalah pilihan yang tepat.

  • Alamat: 26 ซอย Karnjanavanit Soi 24 Rd, Kho Hong, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Check-in & Check-out: 2pm & 12pm
  • Harga: Bermula dari RM80/satu malam

10. The Lantern Hatyai Hotel

The Lantern Hatyai Hotel menawarkan hotel yang selesa dengan reka bentuk mewah ala Cina kontemporari. Terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, hotel ini memudahkan akses ke pelbagai tarikan seperti Kim Yong Market, Asean Night Bazaar, dan Central Festival Hatyai.

hotel menarik di hatyai
Imej : The Lantern Hotel

Hotel ini menyediakan kemudahan lengkap termasuk Wi-Fi percuma, tempat letak kereta, spa, serta kaunter penerimaan tetamu 24 jam. Bilik-bilik dilengkapi penghawa dingin, balkoni dan shower.

Bagi mereka yang suka bersantai, balkoni di tingkat dua menjadi pilihan untuk lepak hingga lewat malam.

The Lantern Hatyai adalah pilihan tepat bagi anda yang mencari penginapan yang bergaya, selesa, dan berdekatan dengan tempat menarik di Hatyai.

  • Alamat: 166, 4 Nipatuthit 2 Rd, Tambon Hatyai, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Check-in & Check-out: 2pm & 12pm
  • Harga: Bermula dari RM190/satu malam

Baca : 15 Tempat Menarik di Hatyai Anda Wajib Pergi! (2025)

Moga-moga dengan senarai hotel menarik di Hatyai di atas, anda boleh pilih hotel yang paling ideal untuk trip ke Hatyai anda pada harga yang berpatutan. Apa yang pasti, hotel yang anda pilih mestilah tepat dengan keperluan anda.

Jika anda ingin pakej Hatyai 4H2M yang ALL-IN dan naik bas premium dari KL Sentral, anda boleh ikut trip ke Hatyai kami pada tarikh yang akan datang! Kami ada trip setiap bulan! Jom dapatkan pakej Hatyai hari ini!

Scroll to Top