honeymoon di hatyai

11 Tips Honeymoon di Hatyai Bawah RM1,000 (LENGKAP)

Ramai rakyat Malaysia anggap honeymoon di Hatyai tak sesuai — Kerana susah nak cari makanan halal, risau soal keselamatan, kononnya mahal tukar mata wang Thai, dan tak banyak aktiviti romantik yang boleh dilakukan. Akan tetapi sebenarnya, itu semua salah faham sahaja.

Realitinya, Hatyai kini semakin mesra pelancong Muslim khususnya dari Malaysia. Makanan halal bersepah, hotel semakin banyak sediakan pakej honeymoon, dan yang paling penting — kos honeymoon di Hatyai adalah sekitar RM1,000 ALL-IN.

honeymoon di hatyai

“Kalau boleh ulang balik masa, saya tetap pilih honeymoon di Hatyai. Sederhana tapi penuh dengan makna.”

Dalam artikel ni, kami akan bongkar 11 tips honeymoon di Hatyai khas untuk pasangan Malaysia. Bacalah sampai habis sebelum tempah tiket — ini panduan sebenar honeymoon bajet tapi tetap romantik dan meninggalkan memori sepanjang hayat.

Adakah Hatyai Destinasi Honeymoon?

Jawapannya: Ya. Walaupun Hatyai tidaklah sepopular Krabi atau Phuket, Hatyai sebenarnya ada semua elemen honeymoon yang anda perlukan — romantik, murah, mudah dan Muslim-friendly.

Hatyai juga mudah diakses dari KL atau utara Malaysia. Antara cara yang anda boleh gunakan adalah menaiki bas dari KL Sentral, naik ETS, atau pandu sendiri kenderaan anda. Kos lebih rendah, dan vibe bandar ini cukup mesra untuk anda yang baru berkahwin.

Baca : Pakej Naik Bas Ke Hatyai Dari KL Sentral (Dari RM369)

“Dari Samila Beach hingga Floating Market, setiap kenangan di Hatyai adalah bukti cinta kita berdua yang sederhana.”

Kenapa Honeymoon di Hatyai?

Bawah RM1,000 ALL-IN

Penginapan, makanan, lawatan, transport — semua bajet adalah mampu milik jika anda rancang dengan betul. Selain itu, ada banyak pakej honeymoon di Hatyai bajet yang termasuk bas pergi balik dari KL, hotel, dan lawatan termasuk dari kami.

Book : Pakej Honeymoon 4H2M ALL-IN (RM858)

Makanan Halal di Hatyai

Tahukah anda, terdapat ratusan restoran halal seperti Salma Halal Restaurant, Kai Tod Decha dan Dimsum Chabura yang ada di Hatyai dan Songkhla.

honeymoon di hatyai

Komuniti Muslim di Hatyai sendiri akan membantu anda mencari restoran Muslim-Thai terbaik yang disahkan halal dan mudah diakses.

Baca : Harga Makanan di Hatyai Halal : Tips dan Restoran Terbaik

Hotel 3 Star di Hatyai

Ada lebih 30 hotel 3 Star di Hatyai yang sesuai untuk honeymoon anda bersama pasangan. Antaranya adalah, Hatyai Paradise Hotel, PM Residence, The Three Hotel — semua mampu milik dan sesuai untuk honeymoon.

honeymoon di hatyai

Majoriti hotel akan tawarkan pakej room decoration untuk honeymoon jika anda pesan lebih awal.

Tiada Masalah Bahasa

Di Hatyai, hampir tiada masalah bahasa kerana rata-rata peniaga dan masyarakat Muslim-Thai mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan dan mereka mampu memahami asas Bahasa Melayu dengan baik.

honeymoon di hatyai

Papan tanda dan menu juga banyak dalam tulisan rumi dan bergambar untuk memudahkan anda membuat pesanan.

Baca : 7 Budaya di Hatyai : Muslim-Thai & Buddha-Thai (REVIEW)

Banyak Tempat Instagrammable

Keindahan di Hatyai sebenarnya cukup sederhana tapi Instagrammable dengan Floating Market, Central Festival Mall, Magic Eye 3D Museum, Samila Beach dan banyak lagi.

honeymoon di hatyai

Sesuai untuk pasangan yang suka mengmbil gambar kenangan di tempat menarik di Hatyai.

Baca : 15 Tempat Menarik di Hatyai Anda Wajib Pergi! (2025)

Ciri-Ciri Honeymoon Yang Ideal

1. Room Decoration

Pilih hotel yang sediakan “honeymoon setup” — bunga, kelambu, lilin. Anda juga boleh membuat pesanan melalui kami (ejen) atau buat sendiri sebelum tarikh penginapan anda.

2. Candlelight Dinner

Cari hotel yang mempunyai restoran sendiri dan mampu memberikan experience candlelight dinner kepada anda dan pasangan.

Antara cara lain adalah dengan mencari restoran yang menawarkan candlelight dinner di sekitar Hatyai dan Songkhla pada harga dari RM100 sahaja.

Tips Honeymoon Murah di Hatyai

Ambil Pakej ALL-IN

Lebih murah dan jimat masa seperti Pakej Hatyai yang ALL-IN sekali dengan hotel 3 star, transport, tour guide Malaysian, insuran Thai dan lain-lain.

Hotel Bukan di Tengah Hatyai

Jangan menginap di tengah Hatyai kerana hotel di kawasan ini adalah hotel lama yang berhantu dan kotor. Sebaliknya, pilih hotel Muslim-friendly di luar sedikit dari bandar Hatyai tetapi dijamin bersih dan tidak berhantu!

honeymoon di hatyai

Itinerari Yang Lengkap

Elak itinerari yang terlalu banyak ke tempat shopping kerana itinerari honeymoon sepatutnya lebih banyak free & easy untuk anda dan pasangan berehat di hotel atau experience makanan lokal di Hatyai yang halal.

honeymoon di hatyai

Baca : Apa Yang Menarik di Hatyai? Ini Ulasan Kami!

Termasuk Insuran Thailand

Jangan sesekali terlupa untuk mengambil insuran Thailand kerana ia penting sebagai perlindungan kecemasan untuk kes melibatkan hospital dan kemalangan jalanraya.

honeymoon di hatyai

Pakej Honeymoon di Hatyai

Contoh pakej 4H2M bawah RM1,000 dari KL adalah :

  • Hotel 3 Star
  • Insuran Thailand
  • Candlelight dinner
  • Bas VIP (KL Sentral – Hatyai)
  • Sarapan & makan malam halal
  • Lawatan ke Floating Market, Nora Plaza, Pantai Samila

WhatsApp kami di sini untuk Pakej Honeymoon di Hatyai ALL-IN dari RM858!

Penutup

Hatyai mungkin tak sepopular Bali atau Maldives, tapi ia jauh lebih praktikal, mesra Muslim dan mesra bajet. Dengan RM1,000, anda boleh realisasikan honeymoon impian bersama pasangan tanpa kompromi dari segi keselesaan.

Kalau anda sedang merancang untuk honeymoon, pertimbangkan honeymoon di Hatyai dan pilih Pakej Honeymoon 4H2M dari KL Sentral yang lengkap, mudah dan jimat.

Scroll to Top