Anda sedang mencari destinasi untuk quick escape dari Malaysia? Terfikir untuk ke Hatyai? Ketahuilah, anda sedang berada di blog yang tepat!
Ada lebih 15 tempat menarik di Hatyai yang cukup sempurna untuk healing dengan bajet di bawah RM1,000! Banyak tempat menarik di Hatyai yang korang boleh explore, dari shopping, makan hinggalah ke alam semula jadi.
“Hatyai adalah destinasi pelancongan oversea yang paling murah dengan jarak 60KM dari sempadan tanpa perlu mohon VISA.”
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda senarai tempat menarik di Hatyai yang anda wajib pergi sepanjang trip samada trip balik hari atau bermalam 3 hari – 4 hari!
Baca : 5 Aktiviti Menarik di Hatyai Anda Wajib Buat!
Dalam senarai 15 tempat menarik ini, anda akan menemui destinasi yang sesuai untuk pencinta makanan, penggemar membeli-belah, dan mereka yang mencari pengalaman santai.
1. Ban Phru Floating Market
Ban Phru Floating Market adalah lokasi pasar terapung baru yang wajib anda lawati semasa berada di Hatyai.

Pasar terapung ni penuh dengan vibe loka! Boleh beli makanan dan cenderahati atas sampan. Pemandangan sekitar yang indah dan suasana pasar yang meriah dengan orang lokal akan membuatkan anda berasa seperti berada di kampung.
- Alamat: Pomophatthana 5 Rd, Ban Phru, Hat Yai District, Songkhla 90250, Thailand
- Waktu Operasi: Buka Sabtu sahaja, 1 petang – 10 malam
2. Wat Hat Yai Nai
Patung Buddha berbaring sepanjang 35 meter di Wat Hat Yai Nai ini merupakan salah satu yang terbesar di dunia, menjadi daya tarik utama kuil yang terletak di Hatyai.

Tidak hanya mengagumi keindahan patung, pengunjung juga boleh menikmati suasana tenang dan khusyuk di sekitar kuil. Untuk mencapai kuil ini, korang dengan mudah, boleh menggunakan pengangkutan awam seperti tuk-tuk atau teksi dari pusat bandar.
- Alamat: 2 Wathatyainai Rd, ต.หาดใหญ่, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Buka setiap hari, 7 pagi – 6 petang
3. Asean Night Bazaar
Selain terkenal dengan pasar terapung, Hatyai juga menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik di pasar malam terbesarnya, ASEAN Night Bazaar. Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis barangan seperti pakaian, aksesori, dan cenderahati dengan harga yang sangat berpatutan.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis masakan tempatan di kawasan kuliner yang terletak di bahagian atas bazar. Ingat, jangan lupa tawar-menawar dan bawa wang tunai yang cukup ya!
- Alamat: 76 Chotevittayakul 3 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin, 4.30 petang – 10 malam
4. Khlong Hae Floating Market
Siapa yang tidak kenal Pasar Terapung Khlong Hae? Pasar terapung paling popular di selatan Thailand ini selalu ramai dikunjungi pelancong.

Bayangkan membeli-belah di atas perahu sambil menikmati pemandangan sungai. Anda boleh menemui pelbagai jenis produk tempatan dengan harga yang berpatutan. Jangan lupa untuk tawar-menawar ya!
- Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Buka dari Jumaat – Ahad, 3 petang – 9 malam
5. Kim Yong Market
Dengan keluasan yang sangat besar, Kim Yong Market adalah salah satu tempat menarik di Hatyai yang mempunyai beratus-ratus gerai yang menjual pelbagai jenis barangan. Ini adalah tempat terbaik untuk beli buah-buahan segar, kacang gajus, dan pelbagai snack unik Thailand.

Terdapat juga banyak gerai makanan yang menawarkan hidangan tempatan mahupun antarabangsa. Anda boleh mencuba makanan seperti pad thai, tom yum, roti john, dan banyak lagi.
- Alamat: ตลาดกิมหยง Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Buka setiap hari, 7 pagi – 6 petang
6. Central Festival Hatyai
Rasai sensasi membeli-belah yang berbeza di Central Festival Hatyai. Pusat perbelanjaan megah ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lengkap, mulai daripada mencari fesyen terkini hingga menikmati masakan lazat.

Dengan reka bentuk dalaman yang moden dan kemudahan yang lengkap, anda akan berasa selesa berlama-lama di sini.
- Alamat: 1518 Kanjanavanich Rd, Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Buka setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Baca : 9 Barang Anda Wajib Beli di Boots Hatyai, Thailand!
7. Kho Hong Mountain Viewpoint
Kho Hong Mountain Viewpoint menawarkan pemandangan seluruh bandar Hatyai dan merupakan spot terbaik untuk melihat matahari terbenam. Korang boleh mendaki atau naik teksi untuk ke puncak.

Dekat sana, terdapat tangga yang korang boleh duduk dan menikmati permandangan. Tangga tu berdepan dengan patung Buddha berdiri, menjadikannya tempat ideal untuk bergambar sambil menikmati suasana tenang di atas gunung.
Kalau pergi time siang, boleh lah singgah ke Good Mountain Cafe!
- Alamat: Kohong Subdistrict, Hat Yai District, Songkhla Province
- Waktu Operasi: 24 jam
8. Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary
Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary terkenal dengan air terjun yang mengalir ke bawah melaleuca 7 tingkat. Datang sini memang rasa tenang dengan disekililingi keindahan alam semula jadi. Pengunjung boleh menikmati aktiviti mendaki, berkelah, atau berenang di kolam-kolam semula jadi di sekitar air terjun.

Suasana tenang dikelilingi hutan hijau menjadikannya tempat ideal untuk melarikan diri dari kesibukan bandar. Taman ini terletak sekitar 40 minit dari pusat bandar Hatyai dan sesuai untuk pencinta alam serta keluarga yang ingin menikmati pengalaman santai di alam semula jadi.
- Alamat: Thung Tam Sao, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Buka setiap hari, 9 pagi – 4 petang
9. Greenway Night Market
Greenway Night Market di Hatyai adalah pasar malam yang popular dengan pakaian, aksesori handmade, dan makanan tempatan. Suasananya meriah dan sesuai untuk mereka yang gemar mencari barang unik dan bajet-friendly.

Pasar ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan di food court menggunakan sistem kad top-up. Terletak di Supasarnrangsan Road, ia menjadi destinasi wajib untuk pelancong yang ingin menikmati pengalaman shopping santai sambil menikmati hidangan lazat.
- Alamat: 1406, 3 ถนน กาญจนวณิชย์, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin, 5 petang – 10 malam
Baca : Sejarah & Info Terkini Tentang Hatyai (LENGKAP)
10. 7-Eleven Terbesar di Hatyai
7-Eleven terbesar di Hatyai wajib diserbu awal pagi untuk dapatkan stok yang korang nak. Di sini, korang boleh jumpa pelbagai barang menarik termasuk burger halal dalam kuantiti borong. Sesuai untuk yang nak bawa pulang snack viral dan makanan unik Thailand.

Tapi jangan risau! Dekat dalam Hatyai ni, 7-eleven ada di merata-rata tempat, kalau stok tak ada dekat sini, kita pergi branch lain! Rilex rilex sahaja.
- Alamat: Terletak berdekatan dengan Nana Furniture Factory
- Waktu Operasi: Buka setiap hari, 24 jam
11. Wat Tham Khao Rup Chang
Wat Tham Khao Rup Chang ialah kuil unik yang terletak dalam gua di Sadao, Songkhla. Suasana dalam gua ini tenang, dengan patung-patung Buddha dan formasi batu semula jadi yang menarik.

Tempat ini menawarkan pengalaman spiritual dan pemandangan cantik, sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan minat pada budaya tempatan.
- Alamat: Padangbesa, Sadao District, Songkhla 90240, Thailand
- Waktu Operasi: Buka setiap hari, 6 pagi – 6 petang
12. Songkhla Old Town
Songkhla Old Town menawarkan suasana klasik dengan bangunan warisan, seni jalanan, dan kafe hipster.

Di sini, korang boleh explore budaya tempatan, beli cenderamata, dan nikmati street art yang menghiasi lorong-lorong sempit. Lokasi ini sesuai untuk jalan santai sambil ambil gambar dan menikmati vibe nostalgic.
- Alamat: Raman, Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand
- Waktu Operasi : 24 Jam
13. Lee Garden Night Market
Kalau nak stay dekat pusat bandar, Lee Gardens Plaza Hotel boleh jadi pilihan. Di sini juga ada mall, jadi sangat convenient untuk shopping.

- Alamat: Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Buka setiap hari, 5 petang – 12 pagi
14. Nora Plaza
Nora Plaza di Hatyai terkenal dengan barangan kulit berkualiti tinggi seperti beg, kasut, dan dompet. Selain itu, terdapat juga kraftangan tempatan yang unik, menjadikannya tempat ideal untuk membeli cenderahati eksklusif.

Nora Plaza adalah shopping lama lama di Hatyai yang menjual pelbagai barang kraftangan, pakaian, aksesori, makanan dan barang premium lain.
Antara barangan popular di sini adalah produk kulit, bag tangan, kasut, bag tangan dan lain-lain.
- Alamat: 328 Thumnoonvithi Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Buka setiap hari, 8 pagi – 6 petang
15. Jiranakorn Market
Jiranakorn Market atau Pasar Malam Florida di Hatyai menawarkan pelbagai pilihan makanan dan barangan tempatan. Suasana pasar ini meriah dengan gerai yang menjual hidangan Thai, aksesori, dan pakaian pada harga berpatutan.

Ia juga terkenal sebagai tempat untuk merasai makanan halal, menjadikannya tarikan bagi pelancong Muslim.
- Alamat: Niphat Phakdi Alley, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
- Waktu Operasi: Buka setiap hari, 4 petang – 11.30 malam
Baca : 24 Tips Untuk Anda Melancong ke Hatyai
Berapa Hari Ideal untuk Explore Hatyai?
Untuk explore semua tempat menarik di Hatyai ni, 3 hingga 4 hari adalah tempoh ideal. Korang boleh plan trip 3H2M kalau nak quick escape, atau extend sehari lagi untuk lebih santai.
Baca : Apa Yang Menarik di Hatyai? Ini Ulasan Kami!
Dengan mix antara shopping, food hunting, dan nature adventure, Hatyai memang tak pernah mengecewakan. So, tunggu apa lagi? Nak lagi mudah? Jom book pakej Hatyai dari kami 4H2M yang ALL-IN dan full experience!