Hatyai merupakan sebuah bandar dengan keluasan kurang dari 50km² yang terkenal dengan makanan sedap, tempat shopping dan kos hotel & homestay yang murah. Ini menyebabkan Hatyai digelar ‘mini Bangkok’ oleh pelancong dari Malaysia.
Tapi, tahukah anda Hatyai bukan sekadar pusat pelancongan? Ia adalah sebuah bandar yang berkembang pesat sejak abad ke-19 dan mempunyai sejarah yang sangat menarik!
Dalam artikel ini, kami akan bongkarkan sejarah, budaya, dan perkembangan Hatyai yang menjadikan bandar ini unik. Jadi, sebelum anda tempah tiket ke Hatyai, pastikan anda baca artikel ini sampai habis!
Baca : Apa Yang Menarik di Hatyai? Ini Ulasan Kami!
“Hatyai? Adoi, seronok gila shopping kat sana!”
Sejarah Hatyai
Hatyai pada asalnya hanyalah sebuah kampung kecil di bawah daerah Songkhla, tetapi mula berkembang pesat apabila landasan kereta api Siam-British dibina pada tahun 1922. Landasan ini menghubungkan Thailand dengan Malaysia, menjadikan Hatyai pusat transit penting untuk perdagangan dan pelancongan.
Seiring dengan perkembangan ekonomi, Hatyai menjadi sebuah bandar metropolitan yang pesat membangun. Sehingga hari ini, ia kekal sebagai bandar terbesar di selatan Thailand dan pusat utama bagi pelancong Malaysia!
Asal Usul Hatyai
Nama Hatyai berasal daripada perkataan Thai “Hat Yai” yang bermaksud “pantai besar”. Namun, fakta menariknya ialah Hatyai bukan terletak di tepi pantai! Nama ini sebenarnya berasal daripada nama asalnya, Khwaeng Hatyai, yang merujuk kepada kawasan yang lebih besar dalam wilayah Songkhla.
Selain itu, seorang ahli perniagaan Cina bernama Khun Niphat Chinnakorn memainkan peranan penting dalam membangunkan bandar ini sebagai pusat ekonomi dan perdagangan utama.
Beliau bertanggjungjawab melaburkan wang yang banyak untuk membina laluan kereta api dari Nakhon Si Thammarat ke Patani. Khok Su-Met Choon dipilih menjadi laluan kereta api dan nama Khok Su-Met Choon bertukar menjadi Hat Yai.

Nakhon Si Thammarat ialah sebuah bandar bersejarah di selatan Thailand yangmenempatkan banyak relik Buddha dan pernah menjadi pusat Kerajaan Srivijaya.
Nakhon Si Thammarat tersenarai sebagai 10 bandar terbesar di Thailand yang merangkumi Chiang Mai, Hatyai, Pattaya, Bangkok, Surat Thani dan lain-lain.
“Hatyai bukan pusat bandar wilayah ini, sebaliknya pusat bandar adalah Songkhla. Hatyai boleh diumpamakan seperti Kuala Lumpur (pusat perniagaan) dan Songkhla adalah Putrajaya (pusat pentadbiran).”

Apa yang menarik di Hatyai adalah kewujudan minivan yang dinamakan Tuk Tuk dan digunakan sebagai salah satu medium pengangkutan di Hatyai. Ramai yang tidak tahu bahawa Tuk Tuk merupakan alternatif yang diwujudkan pada tahun 1950-an bagi menggantikan teksi kerana Tuk Tuk lebih mudah, murah dan sesuai dengan selok belok jalan di Thailand.
Baca : 24 Tips Untuk Anda Melancong ke Hatyai
Demografi di Hatyai
Hatyai merupakan bandar yang mempunyai pelbagai etnik dan terdiri daripada :
- Komuniti Cina – Menguasai sektor perniagaan di Hatyai.
- Orang Thai (Sino-Thai & Thai Selatan) – Majoriti penduduk bandar ini.
- Masyarakat Melayu-Muslim – Ramai menetap di sekitar Satun dan Pattani.

Islam di Hatyai
Sungguhpun majoriti penduduknya beragama Buddha, Hatyai juga mempunyai komuniti Melayu-Muslim yang besar. Oleh sebab itu, pelancong Muslim tidak perlu risau mencari makanan halal di sini.
Antara lokasi yang popular dengan makanan halal di Hatyai adalah :
- Kim Yong Market
- Greenway Night Market
- Songkhla Central Mosque
- Khlong Hae Floating Market
Baca : Sejarah & Kisah Menarik di Masjid Hatyai – Songkhla
Hatyai : Pusat Perniagaan & Perdagangan
Sebagai hab ekonomi selatan Thailand, Hatyai membangun dengan pesat menerusi pembangunan pusat perniagaan utama seperti:
- Asean Night Bazaar – Tempat shopping pelancong dibina tahun 1990-an.
- Central Festival Hatyai – Shopping mall terbesar di Hatyai dibina tahun 2013.
- Hat Yai International Airport – Hab perhubungan antarabangsa dibina tahun 1972.

Hatyai Menjadi Destinasi Pelancongan
Sejak tahun 1960-an, rakyat Malaysia yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand mula menjadikan Hatyai sebagai destinasi percutian kegemaran ekoran :
- Kos lebih murah dari Bangkok – Hotel, makanan & shopping 3X lebih jimat.
- Aktiviti menarik – Foodhunting, shopping, urutan Thai & destinasi cuti sekolah.
- Dekat dengan Malaysia – Mudah diakses motorsikal, kereta, bas dan kereta api.
Kini, bukan sahaja rakyat Malaysia, malah pelancong dari Singapura dan Indonesia juga memilih Hatyai sebagai destinasi percutian utama mereka.
Selepas tempoh PKP di Malaysia dan Thailand ditamatkan pada tahun 2022, terdapat ratusan kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura dilihat memenuhi Hatyai dan Songkhla. Fenomena ini dilihat masih berterusan sehingga ke Disember 2024 yang lalu.
Majoriti kelab-kelab universiti dan kolej dari Indonesia turut membuat program dan lawatan ke Hatyai – Songkhla bagi melihat sendiri gaya hidup Muslim – Thai menerusi program ukhwah dan transfer student programme.
Tempat Menarik di Hatyai
Sebenarnya, ada lebih 15 tempat menarik di Hatyai. Ini adalah beberapa destinasi yang wajib dilawati di Hatyai.
- Kim Yong Market – Syurga makanan paket murah.
- Nora Plaza – Pusat kraftangan Thai yang terkenal.
- Asean Night Bazaar – Shopping & street food terbaik.
- Kho Hong Mountain Viewpoint – Pemandangan sunset romantik.
- Greenway Night Market – Pelbagai pilihan makanan dan cenderamata.
- Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary – Air terjun semula jadi yang indah.
Baca : 15 Tempat Menarik di Hatyai Anda Wajib Pergi! (2025)

Aktiviti Menarik di Hatyai
- Experience Tuk Tuk
- Night Life di Hatyai
- Sightseeing & Bergambar
- Foodhunting & Shopping
- Lawat Masjid & Warisan Islam
Festival di Hatyai
Apa yang menarik tentang Hatyai adalah wujudnya banyak festival tahunan yang meriah dan dihadiri bukan sahaja oleh orang lokal Thai, malahan pelancong dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan China.
- Hat Yai Lantern Festival – Festival tanglung masyarakat Buddha
- Songkran Festival – Festival menyimbah air secara besar-besaran
- International Balloon Festival – Festival belon udara panas antarabangsa
- Vegetarian Festival – Festival makanan berasaskan sayur oleh penganut Buddha
Baca : Tips dan Strategi Lengkap Untuk Trip ke Hatyai (2025)
Sebagai sebuah bandar yang penuh dengan sejarah, budaya, dan aktiviti menarik, Hatyai memang destinasi yang wajib masuk dalam bucket list anda! Dari shopping hingga foodhunting, semuanya ada di sini.
Kalau anda nak ke Hatyai tanpa pening kepala, ambil pakej Hatyai 4H2M yang termasuk pengangkutan, hotel, tour guide, makanan halal, serta aktiviti shopping & foodhunting. Jadi, bila nak ke Hatyai? Jom tempah trip sekarang!