barang wajib beli di hatyai

11 Barang Wajib Beli di Hatyai (Shopping Gems Sebenar)

Anda ke sini kerana bakal melancong ke Hatyai tidak lama lagi. Boleh jadi anda pergi sendiri ke Hatyai atau menerusi Pakej Hatyai 4H2M, anda tetap perlu tahu yang sebenarnya ada lebih 10+ barang wajib beli di Hatyai.

Kami kongsikan senarai barang wajib beli di Hatyai berdasarkan pengalaman kami menguruskan trip ke Hatyai dari Malaysia sejak tahun 2015 hingga kini.

Untuk info, dengan modal di antara RM500 – RM1,000 sahaja sebenarnya sudah cukup untuk anda shopping di Hatyai. Sebelum itu, pastikan anda thau senarai tempat shopping di Hatyai. Rujuk info di bawah.

Baca : Tips dan Strategi Lengkap Untuk Trip ke Hatyai (2025)

Tempat Shopping di Hatyai

barang wajib beli di hatyai

  1. ASEAN Night Bazaar
  2. Greenway Night Market
  3. Kim Yong Market
  4. Lee Garden Night Market
  5. Khlong Hae Floating Market
  6. Santisuk Market
  7. Kaysorn Souvenir
  8. Nora Plaza
  9. Diana Shopping Complex
  10. Central Festival Hatyai
  11. Hatyai Village
  12. Big C, Extra Hatyai 2

Baca : Review Jujur : 12 Tempat Shopping di Hatyai 2025 (LENGKAP)

Sekarang, kami akan kongsikan senarai 11 barang wajib beli di Hatyai untuk anda shopping di Hatyai sewaktu trip anda kelak.

Barang Wajib Beli di Hatyai

1. Snek & Jajan

barang wajib beli di hatyai

Thailand sememangnya johan dalam menghasilkan makanan dalam segmen snek & jajan yang pedas, masam, manis dan masin. Antara snek & jajan yang anda boleh beli di Hatyai adalah :

  • Mochi
  • Tao Kae Noi
  • Bento Squad
  • Durian Kering
  • Keropok Udang

Antara tempat untuk beli barang ini di Hatyai adalah Big C, Kim Yong Market dan Kaysorn Souvenir.

2. Produk 7-Eleven Thailand

barang wajib beli di hatyai

7-Eleven di Thailand sangat berbeza dengan 7-Eleven di Malaysia yang membosankan dan tidak banyak produk yang mesra poket. Antara produk di 7-Eleven Thailand yang anda boleh beli adalah :

  • Meiji
  • Gula-Gula
  • Kopi Arabus
  • Burger 7-Eleven
  • Aiskrim 7-Eleven

Baca : 15 Makanan Halal di Hatyai Yang Sedap & Murah

3. Pes Tomyam & Mee Segera

barang wajib beli di hatyai

Kami cadangkan anda beli pes tomyam dan mee segera dari jenama Kung Thai dan ambil perisa tomyam atau pedas. Antara tempat untuk beli pes tomyam & mee segera adalah Central Hatyai, Big C dan Kim Yong Market.

4. Beras Pulut & Beras Wangi

barang wajib beli di hatyai

Beras Siam yang premium rasanya lebih berlemak dan lazat apatah lagi beras pulut susu yang terkenal dengan rasanya yang lembut dan wangi. Anda boleh beli di mana-mana kedai runcit, pasaraya dan pasar malam yang ada menjual beras di Hatyai.

5. Kacang & Buah Kering

barang wajib beli di hatyai

Antara kacang yang anda boleh beli adalah kacang gajus, badam, pistachio dan kacang panggang. Manakala buah kering yang anda boleh beli adalah mangga kering, pisang kering, durian kering dari jenama KING POWER.

Antara tempat untuk shopping kacang & buah kering adalah Kim Yong Market, Lee Garden Night Market, Kaysorn Souvenir dan banyak lagi.

6. Herba & Minyak Thailand

barang wajib beli di hatyai

Anda boleh cari minyak angin, balm Muay Thai, inhaler dari jenama Poy Sian dan sabun herba yang menggunakan manggis dan kunyit.

Selain itu, anda boleh juga beli produk-produk ini di Boots, Hatyai.

7. Produk Kecantikan

barang wajib beli di hatyai

Anda boleh beli mask muka jenama Srichand, losyen Tamarind dan pelbagai produk kecantikan dari jenama Boots yang cukup terkenal di Hatyai.

Tempat utama untuk beli produk kecantikan adalah di Central Festival Hatyai.

Baca : 9 Barang Anda Wajib Beli di Boots Hatyai, Thailand!

8. Barangan Kulit

barang wajib beli di hatyai

Satu sisi yang menarik adalah, Thailand merupakan antara pengeluar produk kulit terbesar di Asia Tenggara. Disebabkan itu, anda boleh jumpa banyak tempat yang menjual barangan kulit tulen seperti dompet, bag tangan, kasut, tali pinggang dan lain-lain.

Antara tempat yang menjual barangan kulit di Hatyai adalah Greenway Night Market, ASEAN Night Bazaar, Central Festival Hatyai dan banyak lagi.

9. Cenderamata & Aksesori

barang wajib beli di hatyai

Anda boleh beli fridge magnet, t-shirt, pasport cover, mug, buku nota, kipas tangan, bag tangan, keychain dan banyak lagi dan barangan cenderamata & aksesori boleh dibeli secara tawar menawar.

Antara tempat menjual cenderamata & aksesori adalah ASEAN Night Bazaar, Greenway Night Market, Khlong Hae Floating Market, Kaysorn Souvenir dan Strawberry Club (kedai RM1.30) di Central Festival Hatyai.

10. Produk dari Kelapa

barang wajib beli di hatyai

Thailand merupakan pengeluar kelapa terbesar di Asia Tenggara dan meraikan produk berasaskan kelapa dengan inovasi menjadi produk-produk lain seperti :

  • Minyak rambut
  • Losyen badan
  • Cenderamata

11. Barangan Masak Thai

barang wajib beli di hatyai

Seperti yang kita tahu, makanan Thai sememangnya sangat enak dan lazat. Rahsianya adalah pada rempah, pes dan sos yang mereka gunakan. Antara barangan masak di Thai yang anda boleh beli adalah :

  • Pes Massamam
  • Pes Cili Mae Ploy
  • Pes Kari Hijau (Lobo)
  • Sos Ikan (Tiparos, Squid)
  • Minyak Tiram (Maepranom)
  • Pes Tomyam (Maepranom, Lobo, Por Kwan)

Baca : Harga Makanan di Hatyai Halal : Tips dan Restoran Terbaik

Kesimpulannya, ada banyak barang wajib beli di Hatyai yang anda boleh cari sepanjang trip melancong ke Hatyai kelak. Akan tetapi, pastikan anda rancang tempat untuk shopping di Hatyai supaya experience anda tidak terganggu dengan kesesakan trafik di Hatyai.

Scroll to Top