cafe di hatyai

8 Cafe di Hatyai Yang Halal & Mesra Muslim Wajib Cuba (2025)

Anda bakal melancong ke Hatyai atau sedang mencari cafe di Hatyai? Tahniah! Dalam artikel ini, kami akan kongsikan senarai cafe di Hatyai yang dijamin HALAL & mesra Muslim sahaja. Cafe yang mempunyai alkohol, menu khinzir dan bukan mesra Muslim tidak akan dimasukkan dalam senarai ini.

Anda perlu berhati-hati dalam proses mencari cafe di Hatyai kerana ada banyak cafe di hatyai yang diragui status halal. Bahkan ada banyak juga cafe di Hatyai menjual kek & brownies yang mengandungi kanabis. Sebaiknya, anda elakkan cafe-cafe seperti ini untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

cafe di hatyai
Imej : Rakyat Malaysia di Nescafe Cafe, Hatyai

“Hatyai ini memang syurga foodhunting, lagi-lagi dengan banyak cafe di Hatyai yang cantik & instagrammable. Tinggal pilih cafe yang halal & mesra Muslim sahaja.” 

Berdasarkan pengalaman kami, memang ada banyak cafe yang sangat cantik dengan menu eksotik, tetapi menunya bercampur dengan minuman dan makanan yang tidak halal. Ada juga cafe di Hatyai yang halal, tetapi vibe dan suasana tidak berapa best untuk posting di Instagram, Facebook dan Tiktok.

Baca : 10 Salah Faham Rakyat Malaysia Bila ke Hatyai (WAJIB BACA)

Semua senarai cafe di Hatyai dalam artikel ini adalah pengalaman peribadi penulis yang dah beberapa kali berulang-alik ke Hatyai menguruskan trip Pakej Hatyai. Maka, apa yang anda akan baca adalah pengalaman sebenar, bukan copy paste seperti artikel-artikel lain yang anda jumpa di Google.

1. Nescafe Cafe

Cafe ini adalah cafe di Hatyai yang pertama anda wajib cuba dari sudut keunikan rasa, vibe dan melihat budaya kopi di Thailand secara dekat. Ada dua cawangan Nescafe Cafe di Hatyai yang anda boleh experience. Cawangan pertama berdekatan Kim Yong Market dan kedua adalah di Samchai Road. 

Di sini, anda bukan sahaja boleh beli kopi dan teh, anda juga boleh beli biji kopi, kacang, kek dan lain-lain untuk dijadikan cenderamata.

cafe di hatyai
Imej : Suasana dan menu di Nescafe Cafe, Hatyai
  • Waktu Operasi : 8AM – 7PM 
  • Menu Wajib Cuba : Matcha Green Tea Espresso
  • Google Map : Nescafe Street Cafe

2. Café Amazon 

Café Amazon boleh dinisbahkan seperti Zus Coffee di Malaysia. Di mana-mana ceruk dan bahagian di Thailand termasuk Hatyai, anda boleh jumpa Café Amazon. Vibe di sini sangat santai, sesuai untuk bergambar, berbual sambil minum kopi. Anda juga boleh beli merchandise Café Amazon dan kopi 3 in 1 mereka dan bawa ke Malaysia sebagai cenderamata.

cafe di hatyai
Imej : Café Amazon di Hatyai beserta kopi & matcha

3. Seaverse Cafe & Restaurant

Lokasi Seaverse Cafe & Restaurant terletak 13KM dari Central Festival Hatyai dan anda perlukan transport untuk ke sana. Jangan risau, anda akan rasa sangat berbaloi saat sampai ke sini. Akan tetapi, ada entrance fee untuk masuk ke sini sekitar THB 30 atau RM4 seorang. Cafe ini berada dalam tasik buatan dengan dekorasi menarik sesuai untuk berfoto.

cafe di hatyai
Imej : Suasana di Seaverse Cafe & Restaurant beserta ice cream

4. Cheevit Cheeva Cafe

Ini salah satu cafe pilihan utama kami di Hatyai kerana Cheevit Cheeva sangat sinonim dengan desserts, kek dan pelbagai jenis kopi rare yang sukar untuk dijumpai di Malaysia. Boleh dikatakan sebagai cafe paling estetik di Hatyai sesuai untuk bergambar dan mesra kanak-kanak dan keluarga.

cafe di hatyai
Imej : Suasana di dalam Cheevit Cheeva & Iced Chocolate Frappe

5. Avenue Cafe 

Barista dan Pâtissier mereka memang sangat kreatif dan bijak mencipta menu-menu yang menarik dan eksotik di cafe ini. Experience merasai makanan dan minuman di sini sangat unik kerana bahan dan cara hidangan mereka berbeza dengan cafe-cafe lain di Hatyai. Cafe minimalis tapi mampu memberikan butter croissant & truffle mushroom soup yang sangat unik. Ada beberapa spot yang cantik untuk anda berfoto di cafe ini.

cafe di hatyai
Imej : Luaran Avenue Cafe, Hatyai & Iced Latte mereka
  • Waktu Operasi : 7.30AM – 5PM 
  • Menu Wajib Cuba : Saeng Chan 
  • Google Map : Avenue Hatyai

6. Ban Khrua

Cafe di Hatyai yang menerima 4.8/5 dari pengunjung Malaysia ini menawarkan pelbagai menu Muslim-Thai seperti seafood yang segar, nasi dan lauk-pauk lain. Terdapat banyak spot untuk bergambar di Ban Khrua Cafe dan sesuai untuk family & big group untuk datang makan. Cafe ini ada pelbagai menu makanan tengah hari yang halal dan ada WiFi yang laju.

cafe di hatyai
Imej : Suasana di dalam Ban Khrua & Iced Chocolate
  • Waktu Operasi : 10.30AM – 8PM 
  • Menu Wajib Cuba : Tomyam Ketam & Teh Ais Thai 
  • Google Map : Ban Khrua, Hatyai 

7. Bareeka Cafe 

Cafe yang minimalis dan cukup santai ini pasti memberikan anda pengalaman unik sewaktu melancong ke Hatyai. Siapa sangka, wujudnya cafe milik orang Islam-Thai dengan jarak 200 meter dari Kim Yong Market! Di sini, anda dapat makanan Muslim-Thai seperti Nasi Khao Mok, pulut ayam bakar, tomyam dan pelbagai jenis mee sup di sini.

cafe di hatyai
Imej : Suasana di depan Bareeka Cafe dan menu air
  • Waktu Operasi : 7AM – 5PM 
  • Menu Wajib Cuba : Pizza Tomyam & Iced Coffee 
  • Google Map : Bareeka, Hatyai 

8. Halal Oasis 

Halal Oasis merupakan cafe dan tempat lepak outdoor yang chill di waktu malam dan sering dikunjungi orang lokal Thai dan segelintir pelancong Malaysia yang ingin makan makanan Muslim-Thai dari pelbagai vendor yang menjual sate, pulut ayam bakar, tomyam ketam, nasi Khao Mok dan bingsu.

cafe di hatyai
Imej : Suasana malam di Halal Oasis dan teh ais Thai
  • Watu Operasi : 6PM – 11PM 
  • Menu Wajib Cuba : Seafood & Teh Ais Thai 
  • Google Map : Halal Oasis

Tips Lawat Cafe di Hatyai

Ada beberapa cafe di Hatyai yang memerlukan anda untuk book terlebih dahulu bergantung kepada tarikh dan musim. Akan tetapi, majoriti cafe di Hatyai berkonsepkan take-away dan first-come-first-serve di mana anda boleh pesan air/minuman, tunggu dan bergambar di cafe yang menarik tersebut.

Baca : 15 Makanan Halal di Hatyai Yang Sedap & Murah

Waktu Operasi Cafe di Hatyai

Majoriti cafe di Hatyai dibuka seawal jam 7AM sehingga jam 10.30PM. Ada sesetengah cafe di Hatyai akan tutup pada hari cuti umum di Thailand sama seperti cuti umum di Malaysia. Anda boleh semak hari cuti umum di Thailand untuk tahun 2025 pada infografik di bawah yang dikeluarkan secara rasmi oleh Bangkok Post. 

cuti umum di thailand 2025

Kesimpulan

Kini tak susah lagi untuk anda cari cafe di Hatyai yang halal, mesra Muslim dan Instagrammable. Dari Nescafe Cafe hingga ke Halal Oasis, semuanya Muslim-friendly dan tidak mempunyai sebarang menu non-halal dan dijamin sedap. Sila save dan bookmark artikel ini dan buka bila-bila masa sepanjang trip ke Hatyai anda!

Baca : Review Jujur : 12 Tempat Shopping di Hatyai 2025 (LENGKAP)

Scroll to Top